Drama Salju & 7 Buaya Di Tonton

Drama Salju & 7 Buaya Di Tonton

Saksikan drama bersiri mikro berjudul Salju & 7 Buaya yang akan mula ditayangkan pada 24 Jun 2026, bersiaran setiap hari pada pukul 8.00 malam secara eksklusif di TikTok Drama Sangat dan platform Tonton.

Tayangan : Drama Bersiri Mikro (2 minit)
Tarikh : Mulai 24 Jun 2026 (Setiap Hari)
Masa : 8.00 Malam
Pengarah : Eoon Shuhaimi
Produksi : Sha's Media

Barisan Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam drama ini seperti Ariana Yusof, Imranul Effendy, Syafi Tee, Franois Tan, Adam Shafeq, Allauddien, Watie Sadali, Muhammad Shahmeer, Amri Ahmad dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Ariana Yusof sebagai Salju
  • Imranul Effendy sebagai Haikal
  • Watie Sadali sebagai Mak Sherry
  • Lollysam sebagai Melinda
  • Zarynn Min sebagai Che Puan Sarima
  • Syuhaida Abraz sebagai Saodah

Sinopsis Drama Salju & 7 Buaya

Drama ini mengisahkan Salju lakonan Ariana Yusof, seorang gadis yatim piatu yang dibesarkan oleh ibu angkatnya, Mak Sherry. Kehidupannya berubah sekelip mata apabila dia mengetahui dirinya merupakan pewaris sah kepada harta peninggalan arwah bapa kandungnya.

Namun, ada syarat yang perlu dipatuhi. Salju tidak dibenarkan berkahwin selama tiga tahun jika mahu mengekalkan haknya sebagai pewaris. Demi masa depan, dia terpaksa membatalkan perkahwinannya dengan Haikal, lelaki yang dicintainya.

Keputusan itu membuka ruang kepada pelbagai konflik baharu. Bukan sahaja hubungan mereka musnah, malah Salju turut berdepan dengan ibu tiri dan keluarga baharu yang mempunyai agenda tersendiri untuk memastikan dia kehilangan hak sebagai pewaris.

Lebih memburukkan keadaan, beberapa individu termasuk Haikal sendiri dikatakan terlibat dalam rancangan untuk menjatuhkan Salju. Persoalannya, mampukah dia mempertahankan haknya dan adakah cinta yang pernah terlerai boleh kembali bersatu?

Post a Comment

Previous Post Next Post