Jangan lupa saksikan telefilem Teman Pengganti yang akan menemui penonton semula pada 27 Jun 2026, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2017 ini merupakan arahan Rusdi Ramli, nukilan skrip daripada Wan Mahani Wan Hassan dan diterbitkan oleh produksi Jutaan Ringgit Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2017
Bersiaran : Slot Cereka Piilihan di TV3
Tarikh : 27 Jun 2026 (Sabtu)
Masa : 2.00 PM
Penulis Skrip : Wan Mahani Wan Hassan
Pengarah : Rusdi Ramli
Jutaan Ringgit Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Saharul Ridzwan, Niena Baharun, Erry Putra, Lan Siro, Nisha Dirr, Zarina Zainuddin, Zaidi Omar, Zulkifli Mohd Salleh dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Saharul Ridzwan sebagai Haiman
- Niena Baharun sebagai Aisyah
- Erry Putra sebagai Uzair
- Lan Siro sebagai Hariz
- Nisha Dirr sebagai Mariyam
- Zarina Zainuddin sebagai Noraini
- Zaidi Omar sebagai Osman
Sinopsis Telefilem Teman Pengganti
Telefilem Teman Pengganti mengisahkan tentang Haiman yang dalam persiapan untuk berkahwin dengan Aisyah. Namun muncul Mariyam bersama seorang anak lalu dikatakan punca Haiman membatalkan perkahwinan mereka. Aisyah yang tidak percaya dengan apa terjadi mula mencari Haiman untuk mendapatkan penjelasan.
Selepas beberapa bulan berlalu Aisyah masih tidak dapat melupakan Haiman. Ibu Aisyah yang risau menyuruh Aisyah untuk berkahwin dengan Uzair yang setia dengannya.
Suatu hari Haiman berjumpa dengan Uzair menjelaskan segalanya yang dia tidak akan hidup lama mengidap sakit jantung. Manakala perempuan yang bersamanya itu hanyalah adik ibu susuannya.
