Saksikan telemovie Nada Bulan yang akan bersiaran pada 20 September 2026, hari Ahad, pukul 10.30 malam menerusi saluran RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik
Tayangan : RTM TV1
Tarikh : 20 September 2026 (Ahad)
Masa : 10.30 Malam
Pengarah : James Lo
Produksi : Jabba Sejati Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Justin Usun George, Puteri Nur, Rani Labak, Amanda Melody, Fareez, Neasthy Laade, Adam Thian dan ramai lagi.
Sinopsis Telemovie Nada Bulan
Telemovie Nada Bulan mengisahkan tentang Bulan iaitu seorang gadis pekak dan bisu yang berjuang untuk mencari erti cinta, persahabatan, dan impian di sebalik pelbagai cabaran hidup.
Dibesarkan oleh neneknya, perjalanan Bulan penuh dengan pengorbanan dan detik-detik yang menguji ketabahannya.
Namun, semangat dan keberanian Bulan untuk mengejar impiannya tidak pernah luntur. Nantikan tayangan Nada Bulan dan rasai sendiri inspirasi dari kisah luar biasa ini.”
