Jangan lupa saksikan telefilem Rumi Disebalik Jendela yang akan menemui penonton semula pada 20 September 2026, hari Ahad, pukul 9.00 malam di slot Cereka Ahad di TV3 serta tayangan secara striming di Tonton.
Telefilem yang asalnya ditayangkan pada 2026 ini diarahkan oleh Noorsyahida Mohd Radzali, dengan skrip hasil nukilan K. Adlie. Ia diterbitkan oleh syarikat produksi Ariz Capital Productions.
Tayangan Asal : 2026
Bersiaran : Slot Cereka Ahad TV3
Tarikh : 20 September 2026 (Ahad)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : K. Adlie
Pengarah : Sis Syahida
Produksi : Ariz Capital Productions
Barisan Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Erysha Emyra, MK K-Clique, Amar Baharin, Fazlina Ahmad Daud, Zarynn Min dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- MK K-Clique sebagai Rumi
- Erysha Emyra sebagai Mira
- Amar Bahrin sebagai Zafran
Sinopsis Telefilem Rumi Disebalik Jendela
Telefilem Rumi Disebalik Jendela mengisahkan tentang Rumi, seorang pereka kaligrafi yang bercita-cita tinggi, namun hidupnya berubah selepas kemalangan yang menyebabkan dia lumpuh dan hilang kerjayanya.
Sahabatnya Zafran membawa Rumi menjalani pemulihan di pusat fisioterapi miliknya. Di situ, Rumi dibimbing oleh Mira, tunang kepada Zafran tanpa pengetahuannya.
Hubungan mereka yang pada awalnya tegang bertukar rapat, hingga timbul perasaan cinta. Namun segalanya menjadi rumit apabila Rumi mengetahui status sebenar Mira.
