Telemovie Projek Baby Di TV3

Telemovie Projek Baby Di TV3

Mulanya ditayangkan pada Februari yang lepas, kini telefilem Projek Baby akan menemui penonton sekali lagi pada 25 Oktober 2026, hari Ahad, pukul 9.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telemovie ini merupakan arahan Wan Natasha Aida, nukilan skrip bersama Syed Fariz, Taqim Zaki dan pihak Anomalous writers yang juga merupakan syarikat produksi untuk naskah ini.

Tayangan Asal : 2026
Bersiaran : Slot Cereka Ahad TV3
Tarikh : 25 Oktober 2026 (Ahad)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Syed Fariz, Taqim Zaki, Anomalous Writers
Pengarah : Wan Natasha Aida
Produksi : Anomalous Films

Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang membintangi telemovie Projek Baby seperti Fikry Ibrahim, Sophia Albarakbah, Normah Damanhuri, Liza Abdullah, Douglas Wong, Junji Delfino, Nadia Aqilah, Taqim Zaki dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Fikry Ibrahim sebagai Malik
  • Sophia Albarakbah sebagai Emma
  • Normah Damanhuri sebagai Mak
  • Liza Abdullah sebagai Mak Cu
  • Douglas Wong sebagai Dr Ngo
  • Junji Delfino sebagai Madam Chai Tea
  • Nadia Aqilah sebagai Cik Kuntum
  • Taqim Zaki sebagai Tok Kristal

Sinopsis Telefilem Projek Baby

Telemovie Projek Baby mengisahkan tentagn Emma dan Malik iaitu pasangan suami isteri yang sangat mencintai satu sama lain. Mereka berusia akhir 30-an dan telah berkahwin lebih 5 tahun, masih belum dikurniakan anak walaupun pelbagai usaha telah dilakukan.

Tekanan keluarga semakin memuncak apabila ibu saudara Emma yang berusia 50-an tiba-tiba hamil, lalu Malik dipersalahkan. Demi mempertahankan perkahwinan dan maruah mereka, Emma dan Malik nekad melancarkan "Projek Baby 2026".

Dengan semangat yang membara, mereka memulakan pengembaraan lucu dan luar biasa, berjumpa dengan pelbagai pakar dan kaedah pelik untuk merealisasikan impian mereka.

Post a Comment

Previous Post Next Post