Telefilem Villa Untuk Bella bakal ditayangkan semula pada Ahad, 11 Oktober 2026, tepat jam 9.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3. Penonton juga boleh menonton telefilem ini secara dalam talian melalui platform penstriman Tonton.
Ditayangkan buat pertama kali pada 2022, telefilem ini diarahkan oleh Faizal Nadxaman dengan skrip hasil tulisan Azal Ezreen. Penerbitannya pula dikendalikan oleh GUAM Teamwork Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Cereka Ahad TV3
Tarikh : 11 Oktober 2026 (Ahad)
Waktu : 9.00 Malam
Skrip : Azal Ezreen
Pengarah : Faizal Nadxaman
Produksi : GUAM Teamwork Sdn Bhd
Barisan Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Keith Foo, Yuna Rahim, Firdaus Nadxaman, Zarrin Nuqman, Cg. Yaakob Abdul Aziz, Nisa Rissa, Umar Dzarif, Illey Mohtada dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Keith Foo sebagai Hanif
- Yuna Rahim sebagai Bella
- Firdaus Nadxaman sebagai Farid
- Zarrin Nuqman sebagai Shidi
- Cg. Yaakob Abdul Aziz sebagai Pak mail
- Nisa Rissa sebagai Mak Ton
Sinopsis Telefilem Villa Untuk Bella
Telefilem Villa Untuk Bella mengisahkan tentang Hanif iaitu seorang suami yang penyayang dan menghadiahkan sebuah villa kepada isterinya, Bella.
Namun, kehidupan Hanif masih dibayangi kehilangan isterinya yang terdahulu akibat cemburu, sehingga kisah lama mula menghantui kehidupan mereka
