Sebuah filem seram tempatan berjudul Pemuja Syaitan akan menemui penonton mulai 15 Oktober 2026 yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.
Sebuah naskhah karya Liyana Jasmay yang dihasilkan menerusi filem seram popular Hollywood era 2000-an seperti I Know What You Did Last Summer dan Urban Legend.
Tajuk : Pemuja Syaitan
Genre : Seram
Tayangan : Pawagam
Tarikh : Mulai 15 Oktober 2026
Idea Asal : Nadia Khan, Mamu Vies, Farah Bani
Pengarah : Liyana Jasmay
Produksi : Mermaid Studios, Suraya Filem Production & Distribution
Barisan Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam filem ini seperti Zul Ariffin, Aila Azizul, Elizabeth Tan, Nadhir Nasar, Ellya Aziz, Aida Amron, Dhabita Auji, Hakim Khan, Nataaliyah dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Sebagai Zul Ariffin sebagai Inspektor Zul
- Aila Azizul sebagai Khatijah
- Ellyza Azizi sebagai Ana
- Dhabita Auji sebagai Marrisa
- Nadhir Nasar sebagai Nazim
- Aida Amron sebagai P
- Elizabeth Tan sebagai Julie
Sinopsis Filem Pemuja Syaitan
Filem Pemuja Syaitan berkisahkan tentang sekumpulan bekas rakan sekolah yang bertemu semula di sebuah pulau sebelum menemui semula sebuah kapsul masa yang lama ditanam.
Penemuan itu membuka kembali rahsia yang sekian lama tersimpan, sebelum pertemuan mereka berubah menjadi pengalaman mengerikan apabila berdepan dengan kejadian misteri yang sukar dijelaskan.
Ketika cuba mencari jawapan, mereka mula menyedari bahawa pulau berkenaan mungkin menyimpan sesuatu yang jauh lebih gelap daripada apa yang pernah mereka bayangkan.
