Saksikan drama terbaru berjudul Cela yang akan menemui penonton mulai 20 Ogos 2026, bersiaran setiap hari Khamis dan Jumaat secara eksklusif hanya di Viu. Anda boleh strim di https://www.viu.com/ott/my atau menggunakan aplikasi mobile.
Drama 12 episod ini merupakan arahan Feroz Kader, nukilan skrip daripada Liza Nur dan diterbitkan oleh produksi Global Film Station Sdn. Bhd.
Episod : 12
Bersiaran : Viu Original
Tarikh : Mulai 20 Ogos 2026 (Khamis & Jumaat)
Penulis Skrip : Liza Nur
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : Global Film Station Sdn. Bhd.
OST Drama
Tajuk Lagu : Sejambak Bunga
Penyanyi : Ernie Zakri
Komposer : Hael Husaini, Iqie Hugh
Lirik : Hael Husaini, Iqie Hugh
Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi drama Cela seperti Nabila Huda, Hun Haqeem, Zarif Ghazzi, Dato' Sri Eizlan Yusof, Zain Zaidin, Ellyza Azizi, Lisdawati dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Nabila Huda sebagai Dato' Anees
- Hun Haqeem sebagai Kaer
- Zarif Ghazzi sebagai Luth
- Dato' SriEizlan Yusof sebagai Arshad
- Zain Zaidin sebagai Syamel
- Ellyza Azizi sebagai Warda
Sinopsis Drama Cela
Drama Cela mengisahkan tentang Kaer iaitu seorang lelaki yang sedang mencari ketenangan selepas kematian bapanya.
Namun, kehidupannya berubah apabila dia terjerat dalam hubungan manipulatif dengan Anees iaitu seorang majikan kaya. Hubungan tersebut kemudiannya membawa kepada terbongkarnya rahsia-rahsia gelap.
