Telefile Seindah Kasih Di TV3

Telefile Seindah Kasih Di TV3

Saksikan telefilem Seindah Kasih yang akan ditayangkan semula pada 31 Oktober 2026, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau anda juga boleh strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2023 ini merupakan arahan bersama Nik Amir Mustapa dan Ariff Zulkanain, nukilan skrip daripada Hadi M. Nor dan diterbitkan oleh produksi Lumatic Films.

Tayangan Asal : 2023
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan TV3
Tarikh : 31 Oktober 2026 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang
Penulis Skrip : Hadi M. Nor
Pengarah : Nik Amir Mustapa, Ariff Zulkanain
Produksi : Lumatic Films

Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Siti Saleha, Shasha Abedul, Anas Ridzuan, Luqman Hafidz, Mubarak Majid, Faleeq dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Syafiq Kyle sebagai Nazmi
  • Mimi Lana sebagai Alia
  • Siti Saleha sebagai Sharifah
  • Shasha Abedul sebagai Nina
  • Anas Ridzuan sebagai Jamal
  • Luqman Hafidz sebagai Khairul Izwan

Sinopsis Telefilem Seindah Kasih

Telefilem Seindah Kasih mengisahkan tentang 6 orang pengamal dan peminat media lokal menghadapi krisis hubungan masing-masing dikala kesibukan bulan Ramadan.

Nazmi, wartawan Berita Harian bergelut apabila Alia, seorang blogger digital didakwa meniru artikelnya tanpa memberikan kredit. Sharifah, seorang penerbit rancangan televisyen yang terlalu bergantung pada pembantunya, Nina. 

Jamal, seorang DJ Radio terkenal terpaksa menemubual bintang filem terkenal, Khairul Izwan yang dahulunya merupakan rakan DJnya yang cukup terkenal dengan nama 'JK'.

Post a Comment

Previous Post Next Post