Drama Reset Jalan Kedua Di TV3

Drama Reset Jalan Kedua Di TV3

TV3 bawakan sebuah drama terbaru Reset Jalan Kedua atau katanya ada guna nama Reset: Ex Juvana atau Juvana Reset yang mana akan mula ditayangkan pada 30 Oktober 2026. Bersiaran setiap hari Jumaat dan Sabtu, jam 9.00 menerusi slot Lestary.

Selain itu, drama ini juga tersedia secara online di Tonton. Anda boleh strim 24 jam lebih awal daripada tayangan di tv menerusi https://www.tonton.com.my/ atau aplikasi mobile.

Drama 13 episod yang bakal menggantikan Boss Kid ini merupakan arahan Fairul Nizam Ablah, nukilan skrip bersama Amar Amir, Mamuvies dan tuan pengarah sendiri serta diterbitkan oleh produksi Anomalous Films.

Episod : 13
Bersiaran : Slot Lestary TV3
Tarikh : Mulai 30 Oktober 2026 (Jumaat & Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Amar Amir, Mamuvies, Fairul Nizam Ablah
Pengarah : Fairul Nizam Ablah
Produksi : Anomalous Films

Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama siri ini seperti Lorenzo Irmann, Idan Aedan, Maxximus Towle, Amylia Aidura, Ellyza Azizi, Sharifah Zarina, Arash Mohd, Adriana Adnan, Edika Yusof, Azhar Amir, Arfie Shah dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Lorenzo Irmann sebagai Rudy
  • Idan Aedan sebagai Khairy
  • Maxximus Towle sebagai Amri
  • Amylia Aidura sebagai Mira
  • Ellyza Azizi sebagai Alia
  • Sharifah Zarina sebagai Salmah
  • Arash Mohd sebagai Dahlan
  • Adriana Adnan sebagai Pn. Suhana
  • Edika Yusof sebagai En. Sharif

Sinopsis Drama Reset Jalan Kedua

Drama Reset Jalan Kedua mengisahkan Rudy, bekas pelajar juvana berusia 18 tahun yang bertekad membina kehidupan baharu selepas dibebaskan. Walaupun memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM dan berpeluang melanjutkan pelajaran ke kolej dalam bidang kejuruteraan, perjalanan Rudy tidak semudah yang diharapkan.

Meskipun dekan kolej berjanji untuk merahsiakan status silamnya, Rudy tetap berdepan sikap skeptikal segelintir pensyarah serta tentangan daripada Khairy, seorang pelajar yang sering menggunakan pengaruh dan kedudukan bapanya untuk membuli serta menggugat ketenangan Rudy.

Keadaan menjadi semakin rumit apabila Khairy mendedahkan identiti sebenar Rudy kepada seluruh warga kolej. Rudy bukan sahaja dipulaukan, malah sering menjadi mangsa fitnah dan dituduh atas pelbagai masalah yang berlaku. Ketika berdepan pelbagai tekanan, Amri, sahabat baiknya, tetap setia berada di sisi dan memberikan sokongan.

Dalam pada itu, Rudy turut mengenali Mira, seorang pelajar cemerlang yang pada awalnya menganggapnya sebagai pesaing akademik, serta Alia. Namun, kejujuran, kegigihan dan keteguhan Rudy akhirnya membuka mata Mira untuk menjadi antara individu yang menyokong perjuangannya.

Daripada tuduhan mencuri hingga ancaman petisyen penyingkiran dan konspirasi yang dirancang untuk menjatuhkannya, Rudy terpaksa berjuang membersihkan nama serta mempertahankan haknya untuk mendapatkan peluang kedua.

Post a Comment

Previous Post Next Post