Telefilem Nana Dan Jam Atok Di TV3

Telefilem Nana Dan Jam Atok Di TV3

Saksikan semula telefilem Nana Dan Jam Atok yang akan menemui penonton pada 30 Oktober 2026, hari Jumaat, pukul 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Sebuah telefilem yang menampilkan adik Nur Qistina sebagai Nana bersama atoknya iaitu Hafizuddin Fazil yang membawa watak Atok Karim.

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Wayang di TV3
Tarikh : 30 Oktober 2026 (Jumaat)
Masa : 1.00 PM
Penulis Skrip : Anina Sahal
Pengarah : Emi Suffian
Produksi : Orangetree Production Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Selain daripada Nur Qistina dan Hafizuddin Fazil, terdapat juga nama-nama lain yang terlibat dalam telemovie ini seperti Shukri Yahaya, Nabila Razali, Hafizuddin Fazil, Shanie, Gen Darwish, Danish Hazriq, Ramli Salleh dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Nur Qistina Raisah sebagai Nana
  • Shukri Yahaya sebagai Samad
  • Nabila Razali sebagai Cikgu Liza
  • Hafizuddin Fazil sebagai Atok Karim
  • Shanie sebagai Kak Nani
  • Gen Darwish sebagai Mikael
  • Danish Hazriq sebagai Farish

Sinopsis Telefilem Nana Dan Jam Atok

Telefilem Nana Dan Jam Atok mengisahkan tentang Nana dikenali sebagai seorang pelajar yang pemalas dan sering lewat ke sekolah. Alasan yang biasa digunakan jika datang lambat ke sekolah adalah jam di rumahnya rosak dan tidak berbunyi.

Disebabkan perkara tersebut, ayahnya menukar jam dibilik Nana dengan harapan ada perubahan. Suatu hari, sebelum Nana pulang ke Kuala Lumpur, atuknya telah menghadiahkannya sebuah jam antik yang telah merubah hidup Nana.

Disebabkan jam antik tersebut, masa bermainnya terasa sungguh singkat dan masa belajar semakin lama. Dia cuba untuk membuang jam itu tetapi jam itu tetap kembali ke biliknya. Dia tidak mahukan jam tersebut berada di biliknya.

Pelbagai cara Nana cuba untuk menghapuskan jam itu sehingga menghadiahkan jam itu kepada Cikgu Liza sempena Hari Guru akan tetapi jam itu tetap kembali ke biliknya. Nana mula pasrah dan kehidupnya semakin berubah ke arah kebaikan.

Sumber : klapbod.com

Post a Comment

Previous Post Next Post