Drama Suamiku Anak Mak Di Astro Ria

Drama Suamiku Anak Mak Di Astro Ria

Saksikan drama terbaru Suamiku Anak Mak yang akan bersiaran mulai 26 Oktober 2026, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria. Selain itu, boleh juga strim di Astro Go, Astro X3 dan Sooka.

Drama yang menggantikan Sumpahan Mencintai ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama karya Hash Aulia. Diarahkan oleh Nur Ain Sharif dengan penerbitan daripada syarikat Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

Episod : 24
Bersiaran : Slot Megadrama Astro Ria
Tarikh : Mulai 26 Oktober 2026 (Isnin - Khamis)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip :
Pengarah : Nur Ain Sharif
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

OST Drama

Tajuk Lagu : Selesa
Penyanyi : Hael Husaini

Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang membintangi drama Suamiku Anak Mak seperti Keith Foo, Emma Maembong, Dian P. Ramlee, Izzue Islam, Ady Mohammad, Elisa Chew, Fara Nadiah, Zulkifli Ismail, Raja Azmi, Nadya Syahera, Eamie Elyna dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Keith foo sebagai Haris
  • Emma Maembong sebagai Zara
  • Dian P Ramlee sebagai Mak Leha
  • Izzue Islam sebagai Asyraf
  • Ady Mohammad sebagai Kimi
  • Elisa Chew sebagai Hani
  • Fara Nadiah sebagai Elly
  • Zulkifli Ismail sebagai Pak Leman
  • Raja Azmi sebagai Rokiah
  • Nadya Syahera sebagai Lina
  • Eamie Elyna sebagai Alya

Sinopsis Drama Suamiku Anak Mak

Drama Suamiku Anak Mak mengisahkan tentang hubungan antara Zaraa, suaminya Haris dan ibu mentuanya, Mak Leha.

Zaraa mengimpikan perkahwinan yang bahagia bersama Haris. Bagaimanapun, apabila kehendak Mak Leha sering didahulukan, Zaraa berdepan cabaran untuk mendapatkan perhatian dan tempat yang sewajarnya dalam kehidupan suaminya.

Konflik ini menyentuh keperluan seorang isteri untuk berasa dihargai dalam rumah tangga yang dibina bersama. Haris pula berdepan tuntutan sebagai anak dan suami.

Cara dia mengurus harapan ibunya serta keperluan Zaraa menjadi persoalan utama dalam hubungan mereka, sementara watak Mak Leha menambahkan cabaran terhadap keharmonian rumah tangga itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post