Drama Andai Masih Ada Maaf Di TV3

Drama Andai Masih Ada Maaf Di TV3

Jangan lupa saksikan drama terbaru Andai Masih Ada Maaf yang akan bersiaran mulai 30 September 2026, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam menerusi slot Akasia TV3. Juga tersedia secara online di iQIYI.

Drama yang bakal menggantikan Hanya Untuk Dia ini merupakan arahan Feroz Kader, nukilan skrip daripada K Adlie dan diterbitkan oleh produksi FJ Picture Sdn. Bhd.

Episod : 28
Bersiaran : Slot Akasia TV3 & iQIYI
Tarikh : Mulai 30 September 2026 (Isnin - Jumaat)
Masa : 7.00 Malam
Penulis Skrip : K Adlie
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : FJ Picture Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang membintangi drama ini seperti Fattah Amin, Hannah Delisha, Riz Amin, Nazrief Nazri, Malek Maccrone, Riz Amin, Rasya Dean, Shazia Rozaini dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Fattah Amin sebagai Dr. Reza
  • Hannah Delisha sebagai Hana
  • Nazrief Nazri sebagai Azmeer
  • Riz Amin sebagai Fazi
  • Malek Maccrone sebagai Haris
  • Rasya Dean sebagai Mira
  • Shazia Rozaini sebagai Ika

Sinopsis Drama Andai Masih Ada Maaf

Drama Andai Masih Ada Maaf mengisahkan tentang Hana iaitu seorang wanita berkerjaya yang menjalani kehidupan bahagia bersama suaminya, Dr Reza, seorang doktor psikologi yang dikenalinya sejak zaman universiti.

Dikurniakan seorang anak perempuan, kehidupan mereka kelihatan sempurna sehinggalah kemunculan semula Azmeer, kenalan lama yang membuka kembali kisah silam yang tidak pernah diketahui Reza.

Pertemuan semula itu pada awalnya tidak menimbulkan sebarang masalah. Malah, Reza gembira dapat bertemu semula dengan kenalan lama mereka. Namun, di sebalik kemunculannya, Azmeer sebenarnya menyimpan dendam terhadap Hana dan mula menyusun rancangan untuk memusnahkan rumah tangga mereka.

Pelbagai manipulasi dan fitnah mula diwujudkan sehingga Reza sendiri mula meragui kesetiaan isterinya. Beberapa petunjuk yang sengaja ditinggalkan membuatkan Reza percaya bahawa Hana mempunyai hubungan sulit.

Kemuncaknya, satu kejadian yang mengaitkan Hana dengan Azmeer membuatkan Reza benar-benar percaya bahawa Hana telah mengkhianatinya.

Tanpa mengetahui kebenaran sebenar, Reza memilih untuk menjauhkan diri daripada Hana. Keadaan bertambah buruk apabila cerita mengenai kecurangan Hana tersebar dan menjadi tular sehingga dia bukan sahaja kehilangan kepercayaan suami, malah turut menerima kecaman hebat daripada keluarga, rakan-rakan dan netizen.

Post a Comment

Previous Post Next Post