Telefilem Matahari Tak Bercahaya Di TV3

Telefilem Matahari Tak Bercahaya Di TV3

Saksikan telefilem yang diilhamkan daripada kisah sebenar yang bertajuk Matahari Tak Bercahaya yang akan menemui penonton semula pada 26 September 2026, hari Sabtu, pada jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama TV3 dan boleh juga strim di www.tonton.com.my.

Telefilem ini merupakan idea asal daripada Mira Mustafa dan kemudian diterbitkan oleh syarikat produksi Zeel Production Sdn. Bhd. Cerita ini diarahkan oleh Uchee Fukada dengan penulisan skrip oleh Maizura Ederis dan Marr Mohamad.

Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Cerekarama TV3
Masa : 10.00 Malam
Idea Asal : Mira Mustafa
Penulis Skrip : Maizura Ederis, Marr Mohamad
Pengarah : Uchee Fukada
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

Pelakon

Telefilem Matahari Tak Bercahaya menampilkan barisan pelakon seperti Nad Zainal, Fattah Amin, Noorkhiriah, Lydiawati, Hafreez Adam, Esma Daniel, Aidit Noh, Mimi Ernida, Irfan Zaini dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Nad Zainal sebagai Mastura
  • Fattah Amin sebagai Shahzan
  • Aidit Noh sebagai Zaki Prebet Sapu
  • Mimi Ernida sebagai Yah Mlm
  • Noorkhiriah sebagai Alawiyah
  • Hafreez Adam sebagai Amran
  • Irfan Zaini sebagai Tony Pereira
  • Zulkifli Ismail sebagai Hakim Mahkamah
  • Maimunah Ahmad (Mak Jah) sebagai Hajah Som
  • Lydiawati sebagai Makcik Hasnah

Sinopsis Telefilem Matahari Tak Bercahaya

Telefilem Matahari Tak Bercahaya mengisahkan tentang Mastura, seorang ibu muda yang bertugas menjaga anak-anak tadika yang juga isteri kepada Shazan.

Mereka hidup dalam keadaan gembira di kampung dan disenangi oleh orang kampung. Namun begitu, kehidupannya berubah sepenuhnya apabila dia didapati HIV positif.

Nasib malangnya tidak berakhir apabila anaknya yang disusukan juga terjangkiti. Mastura dan suaminya Shahzan cuba untuk menyembunyikan hal ini daripada jiran tetangga di kampung, namun ia terbongkar dan mencetuskan ketakutan serta kebencian dalam kalangan penduduk kampung terhadap mereka.

Salah faham dan kekeliruan menyebabkan mereka diasingkan serta dihalau keluar oleh orang kampung. Sampai bilakah Mastura dan keluarganya harus menanggung derita ini?

Post a Comment

Previous Post Next Post