Nak Dengar Cerita Hantu kini kembali untuk musim 2 dengan pelbagai lagi kisah seram dan mistik untuk tontonan ramai. Bersiaran mulai 21 September 2026, setiap hari Isnin, pukul 10.00 malam menerusi saluran DEGUP di Unifi TV.
Episod : 8
Tayangan : Saluran DEGUP Unifi TV
Tarikh : Mulai 21 September 2026 (Setiap Isnin)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Sophilea
Pengarah : Waan Hafiz
Produksi : Golden Adventure Creative Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang terlibat sepanjang kisah 8 siri ini ialah Que Haidar, Arfie Shah, Chacha Maembong, Syazuwan Hassan, Ady Mohammad, Cahaya Nilam, Datuk Adi Putra, Riena Diana dan Zizan Razak.
Selain itu terdapat juga penampilan daripada Juliana Farhana, Hafiez Zaidi, Pekin Ibrhaim, Puteri Sarah, Bell Ngasri, Qi Razali, Iman Suhana, Diana Danielle, Danial Fong, Ellie Suriaty, Nazrief Nazri, Ezaty Abdullah, Wans Ahmad dan Zalif Sidek.
Watak Lakonan
- Que Haidar sebagai Long Samad
- Cha Cha Maembong sebagai Elina
- Cahaya Nilam sebagai Nisa
- Syazuwan Hassan sebagai Zaki
- Arfie Shah sebagai Aqil
- Ady Mohammad sebagai Harith
Sinopsis Nak Dengar Cerita Hantu 2
Nak Dengar Cerita Hantu 2 bermula dengan satu kisah dan cerita. Kemudian satu lagi dan satu lagi. Sehinggalah mereka sedar, ada sesuatu yang tidak kena dengan rumah itu. Lapan kisah, satu misteri yang menghubungkan semuanya.
Antara episod yang ada adalah Pengantin Satu Malam, Kembar Syaitan, Destinasi Maut, Boneka Berdosa, Sempurnakan Aku dan banyak lagi.
