Saksikan telefilem Di Penghujung Sujud yang akan disiarkan semula pada 25 September 2026, hari Jumaat, pukul 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan arahan Shuhaimi Lua, nukilan skrip daripada Zyza Backy dan diterbitkan oleh produksi Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Wayang di TV3
Tarikh : 25 September 2026 (Jumaat)
Waktu : 1.00 PM
Skrip : Zyza Backy
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara barisan pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Redza Rosli, Wan Maimunah Aziz, Fezrul Khan, Ayda Jebat, Faez Nick, Zahir Deck, Melissa, Aini Maiyuni, Fieyna Tajuddin dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Redza Rosli sebagai Arif
- Wan Maimunah Aziz sebagai Zainab
- Fezrul Khan sebagai Azmir
- Ayda Jebat sebagai Zureen
- Faez Nick sebagai Sufian
- Zahir Deck sebagai Fuad
- Melissa sebagai Mona
- Aini Maiyuni sebagai Zaharah
- Fieyna Tajuddin sebagai Myra
Sinopsis Telefilem Di Penghujung Sujud
Telefilem Di Penghujung Sujud mengisahkan tentang Arif yang cacat di kaki kiri dan tangan kirinya tidak kuat akibat kemalangan motosikal semasa merempit beberapa tahun lalu. Dia tinggal bersama ibunya, Zainab yang semakin uzur.
Abang dan kakaknya, Azmir dan Zureen bekerja di Kuala Lumpur sebagai doktor dan jarang menjenguk mereka di kampung.
Arif bekerja sebagai penjual burger dan sering menerima tomahan orang kampung kerana hidupnya tidak seperti adik beradiknya. Arif redha kerana kecacatan yang dia hadapi dan dia sanggup menjaga ibunya Zainab.
Suatu hari, bekas kekasihnya datang menghantar kad kahwin kepadanya dan memerli dia masih di takuk yang lama.
Dia pulang ke rumah memberitahu ibunya, agar ampunkan dia kerana tidak pernah membanggakan ibunya, dan pada sujud yang terakhir waktu Subuh, dia berdoa agar ibunya kembali sihat. Namun, apa yang terjadi selepas itu?
