Jangan lupa saksikan drama terbaru berjudul Sepenuh Hati Rindu yang akan menemui penonton mulai 27 Oktober 2026, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3 atau boleh strim secara online di Tonton.
Drama yang bakal menggantikan Anugerah Tanpa Cahaya ini merupakan arahan Kyoll Hamzah, nukilan skrip daripada Adza Emie dan diterbitkan oleh produksi Jaja Ishak Channel Sdn. Bhd.
Episod : 20
Bersiaran : Slot Samarinda TV3
Tarikh : Mulai 27 Oktober 2026 (Isnin - Khamis)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Adza Emie
Pengarah : Kyoll Hamzah
Produksi : Jaja Ishak Channel Sdn. Bhd.
OST Drama
Tajuk Lagu : Katamu Sekejab
Penyanyi : Haqiem Rusli
Komposer : Haqiem Rusli & Iqie Hugh
Penulis Lirik : Haqiem Rusli & Jaja Ishak
BACA JUGA : Lirik Lagu Katamu Sekejab - Haqiem Rusli
Barisan Pelakon
Antara nama-nama yang membarisi lakonan bagi Sepenuh Hati Rindu seperti Farah Nabilah, Shahz Jaszle, Razzuan Rosli, Syafie Naswip, Raja Azmi, Adam Corrie, Lan Siro, Syaf Mikael, Zaryn Minn, Dottie dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Farah Nabilah sebagai Sumayyah
- Shahz Jaszle sebagai Imran Zayn
- Razzuan Rosli sebagai Luth Mikael
- Syafie Naswip sebagai Hakim
- Raja Azmi sebagai Hjh. Rosnah
- Adam Corrie sebagai Hasnol
- Sayf Mikael sebagai Qalifah Dani
Sinopsis Drama Sepenuh Hati
Drama Sepenuh Hati Rindu mengisahkan Summayah iaitu seorang wanita berjiwa kental yang mendirikan rumah tangga bersama Imran, seorang pemuda anak yatim yang gigih membuktikan cintanya.
Namun, kebahagiaan yang baru dibina mereka hancur berkecai apabila Imran dilaporkan hilang dan dianggap telah meninggal dunia dalam satu tragedi bot karam ketika menyertai misi dakwah di Batam.
Kehilangan suami ketika sarat mengandung membawa Summayah ke jurang tekanan emosi dan kemurungan teruk selepas melahirkan anaknya, Qhalifah Dhany.
Demi memulihkan semangat dan kestabilan jiwanya, Summayah dihantar ke pusat terapi Baiti Syifa di mana dia bertemu dengan Luth Mikael, salah seorang pakar terapi di pusat tersebut yang kelihatan berkarisma.
Kehadiran Luth secara perlahan-lahan menjadi sandaran emosi buat Summayah sehingga terbit satu ikatan baharu antara meraka. Namun, mampukah hubungan ini merawat luka lama Summayah, atau ia sekadar permulaan kepada takdir yang lebih mencabar?
