Drama Neraka Yang Terhijab Di Tonton

Drama Neraka Yang Terhijab Di Tonton

Saksikan drama terbaru berjudul Neraka Yang Terhijab akan ditayangkan secara online menerusi platform Tonton bermula 4 Jun 2026. Boleh strim di laman web https://www.tonton.com.my/ atau melalui aplikasi mobile.

Drama Tonton Original ini merupakan terbitan syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd., diarahkan oleh Azri Izhar dengan nukilan skrip daripada Liza Nur.

Episod : 20
Bersiaran : Tonton
Tarikh : Mulai 4 Jun 2026 (Khamis - Ahad)
Penulis Skrip : Liza Nur
Pengarah : Azri Izhar
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang membintangi drama ini seperti Ezzanie Jasny, Lorenzo Irmann, Qistina Rania, Lan Siro, Mas Anizan, Arfie Shah, Malaeka Humaira, Zarynn Min dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Ezzanie Jasny sebagai Adda
  • Lorenzo Irmann sebagai Annas
  • Arfie Shah sebagai Zakwan
  • Lan Siro sebagai Malik
  • Qistina Rania sebagai Safarina
  • Zarynn Min sebagai Jannah

Sinopsis Drama Neraka Yang Terhijab

Neraka Yang Terhijab mengisahkan tentang Adda iaitu seorang pelajar universiti yang cuba meneruskan kehidupan selepas wang biasiswanya disalahgunakan oleh bapanya sendiri, Malik, menjadi titik permulaan kepada segala konflik yang berlaku.

Dalam usaha menyara kehidupan keluarganya yang semakin terdesak, Adda mula terdedah kepada dunia "The Floor" iaitu sebuah ruang elit yang dipenuhi kemewahan, pesta dan individu berpengaruh.

Walaupun pada awalnya menolak, tekanan hidup akhirnya memaksa Adda untuk menjalani kehidupan berganda sebagai wanita peneman kelas atasan demi kelangsungan hidup dan kewangan.

Kehidupan Adda semakin rumit apabila dia terperangkap dalam konflik dua beradik tiri, Annas dan Zakwan.

Dalam permainan emosi dan manipulasi, Zakwan menggunakan Adda sebagai alat untuk menjatuhkan adiknya sendiri, manakala Annas pula mula melihat Adda sebagai lebih daripada sekadar seseorang yang dipergunakan.

Namun dalam dunia penuh kepalsuan dan rahsia ini, persoalan utama terus menghantui, adakah masih ada ruang untuk Adda diselamatkan.

Drama Neraka Yang Terhijab Di Tonton

Post a Comment

Previous Post Next Post