Saksikan drama Dia Perempuan Sialan (The Hidden Hand) yang akan menemui penonton mulai 24 September 2026, setiap hari Selasa dan Rabu hanya di Viu. Anda boleh strim di https://www.viu.com/ atau menerusi aplikasi mobile.
Drama yang akan disiarkan sebanyak 12 episod ini merupakan arahan Nur Ain Sharif, nukilan skrip daripada Siti Jasmina Ibrahim dan diterbitkan oleh produksi Rumah Karya Citra Sdn. Bhd.
Episod : 12
Bersiaran : Viu
Tarikh : Mulai 24 September 2026 (Setiap Selasa & Rabu)
Masa : 12.00 PM
Idea Asal : Eirma Fatima
Penulis Skrip : Siti Jasmina Ibrahim
Pengarah : Nur Ain Sharif
Produksi : Rumah Karya Citra Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi drama ini seperti Meerqeen, Caitlin Halderman, Hannah Delisha, Umie Aida, Farah Ahmad, Amerul Affendi, Nadya Syahera, Nadia Aqilah, Ismail Yaacob, Ruminah Sidek dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Meerqeen sebagai Syawal
- Caitlin Halderman sebagai Riska
- Hannah Delisha sebagai Nerina
- Umie Aida sebagai Puan Sri Asyikin
- Farah Ahmad sebagai Bulan
- Amerul Affendi sebagai Hamid
- Nadya Syahera sebagai Faridah
- Nadia Aqilah sebagai Afidah
- Ismail Yaacob sebagai Ustaz Halim
- Ruminah Sidek sebagai Bomoh
Sinopsis Drama Dia Perempuan Sialan
Dia Perempuan Sialan mengisahkan keluarga Puan Sri Asyikin yang dikejutkan dengan kematian misteri ketua keluarga mereka.
Tidak lama selepas kejadian tersebut, seorang pembantu rumah bernama Riska datang ke kediaman mereka. Namun, kehadirannya mula disusuli dengan pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan.
Riska yang kelihatan pendiam rupa-rupanya menyimpan satu rahsia besar. Kedatangannya ke rumah keluarga Puan Sri Asyikin bukanlah secara kebetulan kerana dia mempunyai kaitan dengan masa lalu keluarga tersebut.
Sedikit demi sedikit, pelbagai rahsia dan misteri yang selama ini tersembunyi mula terbongkar. Apakah sebenarnya rahsia yang disimpan oleh Riska dan keluarga Puan Sri Asyikin?
