Saksikan drama terbaru berjudul Bulan Henti Bicara yang akan mula disiarkan pada 27 Julai 2026, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria. Penonton juga boleh strim secara online di Sooka.
Drama 28 episod yang bakal menggantikan Ikatan Terlarang ini merupakan adaptasi novel dengan judul yang sama "Bulan Henti Bicara" iaitu karya Rissa Ahdiya yang telah diterbitkan pada tahun 2021.
Episod : 28
Tayangan : Slot Megadrama Astro Ria
Tarikh : Mulai 27 Julai 2026 (Isnin - Khamis)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Baizura Kahar, Bainun Waheeda, Farzana Farisyah, Mike Alias
Pengarah : Eyra Rahman
Produksi : Treputree Sdn. Bhd.
Lagu OST
Tajuk Lagu : Cuba Jadi Aku
Penyanyi : Nadeera Zaini
Komposer : Hael Husaini, Iqie Hugh & Nadeera Zaini
Penulis Lirik : Hael Husaini, Iqie Hugh & Nadeera Zaini
Barisan Pelakon
Antara pelakon-pelakon popular yang membintangi drama siri ini seperti Ezzanie Jasny, Azhan Rani, Azar Azmi, Ali Reza Kavoossi, Farah Ahmad, Hushairy Hussein, Iman Suhana, Qaiyum Aiesha, Qireen Din, Qaseh Izwandy, Nik Ramly, Qistina Rania, Rafiqe Iskandar dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Ezzanie Jasny sebagai Zulfa
- Azhan Rani sebagai Jamali
- Azar Azmi sebagai Faziah
- Ali Reza Kavoossi sebagai Afghan
- Farah Ahmad sebagai Zainah
- Hushairy Hussein sebagai Pak Karman
- Iman Suhana sebagai Mastura
- Nik Ramly sebagai Pak Meli
- Qistina Rania sebagai Amira
- Rafique Iskandar sebagai Alif
- Qaiyum Aiesha sebagai Mael
- Qaseh Izwandy sebagai Odah
- Qireen Din sebagai Nazir
Sinopsis Drama Bulan Henti Bicara
Drama Bulan Henti Bicara mengisahkan tentang Zulfa iaitu seorang gadis daripada keluarga nelayan yang sanggup mengorbankan cita-cita sendiri demi memastikan adik-adiknya mendapat kehidupan lebih baik.
Pengorbanan itu bagaimanapun membawa Zulfa ke persimpangan hidup yang tidak pernah dijangkakan apabila dia menerima lamaran Jamali, seorang ahli perniagaan kaya yang disangka mampu menjamin masa depan lebih cerah.
Namun, kebahagiaan yang diharapkan bertukar menjadi mimpi ngeri. Di sebalik imej warak dan dihormati masyarakat, Jamali sebenarnya mempunyai agenda tersembunyi.
Selepas berkahwin, Zulfa terperangkap dalam hubungan yang dipenuhi manipulasi dan penderaan emosi, sekali gus memaksa dirinya menghadapi realiti pahit sebagai isteri kedua.
Konflik semakin memuncak apabila Zulfa tinggal sebumbung bersama isteri pertama Jamali iaitu Faziah.
Pada awalnya hubungan mereka dipenuhi rasa curiga dan permusuhan. Namun sedikit demi sedikit, kedua-duanya mula memahami penderitaan masing-masing sebelum berganding bahu membongkar rahsia gelap Jamali yang selama ini berjaya disembunyikan.

