Drama Sihir Isteri Di Tonton

Drama Sihir Isteri Di Tonton

Jangan lupa saksikan sebuah naskah Tonton Original bertajuk Sihir Isteri yang akan menemui penonton mulai 10 Oktober 2026 menerusi platform Tonton. Anda boleh strim di https://www.tonton.com.my/ atau aplikasi mobile.

Episod : 10
Tayangan : Tonton Original di Tonton
Tarikh : Mulai 10 Oktober 2026 (Sabtu & Ahad)
Penulis Skrip : Adza Emie
Pengarah : Luqman Hafidz
Produksi : Mache All Star United Sdn. Bhd.

Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam siri ini seperti Uqasha Senrose, Yusuf Bahrin, Shahz Jaszle, Keith Foo, Nafiz Muaz, Didie Alias, Kiky Hannah, Shaia Rozaini, Zainal Rashid, Ayu Azlina dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Uqasha Senrose sebagai Cempaka Sari
  • Yusuf Bahrin sebagai Faris
  • Shahz Jaszle sebagai Jeffrey
  • Keith Foo sebagai Armand
  • Nafiz Muaz sebagai Ikmal
  • Didie Alias sebagai Nek Ros
  • Kiky Hannah sebagai Aliya

Sinopsis Drama Sihir Isteri

Cempaka sanggup melakukan apa sahaja demi menyara adiknya, Aliya, dan mempertahankan keluarganya. Namun, penemuan Kitab Warisan menyeretnya ke dunia gelap yang menjanjikan kecantikan, kekayaan dan kuasa.

Demi menuntut setiap janji dalam manuskrip misteri itu, Cempaka melalui empat perkahwinan dan ritual iaitu bersama Faris, dia memperoleh kecantikan dan rezeki; bersama Jeffrey, setiap kehendaknya menjadi nyata; bersama Armand, dia meraih kedudukan, pengaruh dan kestabilan kewangan; manakala perkahwinannya dengan cinta lama, Ikmal, membawa Cempaka ke ritual terakhir yang berkait dengan warisan keluarganya.

Post a Comment

Previous Post Next Post