Jangan lupa saksikan telefilem Bahulu Untuk Opah yang akan disiarkan kembali pada 2 Oktober 2026, hari Jumaat, jam 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.
Telefilem yang asalnya ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan arahan Pali Yahya, nukilan skrip daripada Syawal Anwar Saedi dan diterbitkan oleh produksi ZK Creative Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Wayang TV3
Tarikh : 2 Oktober 2026 (Jumaat)
Masa : 1.00 PM
Idea Asal : Syawal Anwar Saedi
Penulis Skrip : Syawal Anwar Saedi
Pengarah : Fazli Yahya
Produksi : ZK Creative Sdn. Bhd.
Pelakon
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Remy Ishak, Ruminah Sidek, Nada Syuhada, Saharul Ridzwan, Azman Jantan, Esma Daniel, Alieza Shadan dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Remy Ishak sebagai Badrul
- Ruminah Sidek sebagai Halimah
- Nada Syuhada sebagai Mawar
Sinopsis Telefilem Bahulu Untuk Opah
Telefilem Bahulu Untuk Opah mengisahakn tentang Badrul iaitu seorang bekas banduan kembali ke kampung untuk menjaga opahnya, Halimah. Badrul telah dipenjarakan selama 2 tahun kerana mencuri.
Walaupun sering dicaci, dia nekad untuk menyara hidup opahnya yang mempunyai sakit nyanyuk atau Alzheimer. Dia susah mencari kerja kerana seorang bekas banduan.
Badrul teringat masakan kegemaran Opahnya, dan terjumpa resepi Opah. Sejak itu, dia giat membuat bahulu dan berniaga di kampungnya. Ia mendapat sambutan yang baik namun sesuatu yang tidak dijangkakan bakal tiba.
