Telefilem Titi Kayu Di TV3

Telefilem Titi Kayu Di TV3

TV3 bawakan kembali telefilem Titi Kayu yang akan disiarkan pada 3 Oktober 2026, hari Sabtu jam 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di saluran tersebut. Anda juga boleh strim secara online di Tonton.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada 2019 ini merupakan arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamarudin, nukilan skrip daripada Jo Sidek dan diterbitkan oleh produksi Eleven Field Creative Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan TV3
Tarikh : 3 Oktober 2026 (Sabtu)
Masa : 2.00 PM
Penulis Skrip : Jo Sidek
Pengarah : Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamarudin
Produksi : Eleven Field Creative Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Berikut merupakan antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Michael Ang, Rizz Amin, Jaja Iliyes DFKL, Rahim Omar, Auntie Margarat, Adik Syed Ali, Iqram Dinzly, Aril Shahril dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Michael Ang sebagai Aalim/Cheong Ah Ling
  • Syed Ali Murtadha sebagai Umar
  • Rizz Amin sebagai Zali
  • Auntie Margaret Gan sebagai Mei Ling
  • Iqram Dinzly sebagai Ali
  • Aril Shahril sebagai Latief
  • Jaja Iliyes sebagai Cikgu Sara
  • Rahim Omar sebagai Pak Samad

Sinopsis Telefilem Titi Kayu

Telefilem Titi Kayu mengisahkan tentang Ah Lim atau lebih mesra disapa Alim seorang yang lurus bendul. Alim sangat disenangi penduduk kampung yang majoritinya orang Melayu kerana keramahan dan sikap ringan tulangnya walaupun dia berbangsa Cina Peranakan.

Walaupun sudah berusia 35 tahun, dia bersahabat baik dengan Umar yang baru berumur 9 tahun. Rumah Alim dan Umar berhampiran namun dipisahkan dengan sebatang sungai.

Oleh itu, Alim terpaksa berkayuh basikal menggunakan jalan raya yang agak jauh setiap hari untuk menemui Umar.

Alim dan Umar memikirkan alternatif untuk membina sebuah titi kayu untuk menyeberangi sungai yang memisahkan rumah mereka.

Malah idea itu juga tercetus selepas dia terpaksa menggunakan laluan jauh untuk membawa ibunya mendapatkan rawatan di hospital dan memakan masa yang lama.

Namun, idea mereka itu tidak diterima oleh ketua kampung iaitu Pak Samad. Alim dan Umar tekad untuk membina titi kayu itu dengan tangan mereka sendiri walaupun tidak mendapat bantuan orang kampung.

Berjayakah Alim dan Umar dalam misi mereka?

Sumber : klapbod.com

Post a Comment

Previous Post Next Post