Telemovie Sakanak (TV3)

Telemovie Sakanak (TV3)

Jangan lupa saksikan Sakanak yang akan menemui penonton semula pada 3 Oktober 2026, hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem yang pada asalnya ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan arahan Emi Suffian, nukilan skrip daripada Kent Tan dan diterbitkan oleh produksi Zeel Production Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Cerekarama TV3
Tarikh : 3 Oktober 2026 (Sabtu)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Kent Tan
Pengarah : Emi Suffian
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Farid Kamil, Tiz Zaqyah, Fify Azmi, Chem Amar, Sherry Al Jeffry, Chemat Raja Lawak dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Tiz Zaqyah sebagai Sara
  • Farid Kamil sebagai Kamal
  • Fify Azmi sebagai Maya

Sinopsis Telefilem Sakanak

Telefilem Sakanak mengisahkan tentang mengisahkan kehidupan Sarah yang sering keguguran anak sehingga buat kali ketujuh.

Sarah dan suaminya Kamal kecewa impian untuk memiliki anak sejak berkahwin 4 tahun lalu berkecai. Setiap kali kandungannya mencecah 4 bulan, Sarah akan mengalami pendarahan.

Sara dihantui penampakkan nenek kebayan pada setiap kali Sara hamil hinggakan anak dalam kandungannya hilang dimakan nenek kebayan misteri itu.

Suaminya Kamal dan adiknya Maya berusaha melindungi Sara dari dihantui kelibat yang bergentayangan itu. Apakah yang terjadi sebenarnya?

Sumber : aimanabdullah.com

Post a Comment

Previous Post Next Post