Saksikan drama terbaru Ke Mana Hilang Cinta yang akan mula menemui penonton pada 3 September 2026, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.
Drama yang bakal menggantikan Akad Tak Dipinta ini merupakan arahan Azhar Khalid, nukilan skrip daripada Sha Hanim Ramli dan diterbitkan oleh produksi Million Pictures Sdn. Bhd.
Episod : 20
Bersiaran : Slot Samarinda TV3
Tarikh : Mulai 3 September 2026 (Isnin - Khamis)
Masa : 10.00 PM
Penulis Skrip : Sha Hanim Ramli
Pengarah : Azhar Khalid
Produksi : Million Pictures Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi drama ini seperti Keith Foo, Syamim Farid, Liza Abdullah, Nazeera Sardi, Marc Syahmie, Dato' Ahmad Tarmimi, Mustapha Kamal, Wila Muhammad, Liza Abdullah, Emily Elizabeth, Aprena Manrose, Nazeera Sardi dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Syamim Farid sebagai Sya
- Keith Foo sebagai Aidil
- Marc Syahmie sebagai Harris
- Dato Ahmad Tarmimi sebagai Jaris
- Mustapha Kamal sebagai Bahrin
- Wilma Muhammad sebagai Azizah
- Liza Abdullah sebagai Mak Ainun
- Emily Elizabeth sebagai Sarah
- Aprena Manrose Wirdati
Sinopsis Drama Ke Mana Hilang Cinta
Drama Ke Mana Hilang Cinta mengisahkan tentang Sya iaitu seorang pereka hiasan dalaman kerjaya mantap yang tidak pernah menyangka akan jatuh hati dengan Aidil, seorang duda anak satu yang kematian isteri dan sekadar bekerja sebagai Pengurus Pentadbiran.
Biarpun berbeza taraf kerjaya di samping masing-masing membawa kisah silam, ketulusan cinta membuatkan Sya menerima lamaran Aidil untuk membina bahtera rumah tangga bersama.
Bagaimanapun, selepas setahun mendirikan rumah tangga, sikap Aidil mula berubah secara drastik. Rasa cemburu yang melampau membuatkan setiap pergerakan Sya dikawal ketat, daripada pemeriksaan telefon bimbit dan kawalan kewangan, sehinggalah pergerakan harian yang diekori.
Terperangkap dalam perkahwinan yang semakin toksik dan kehilangan kebebasan diri, Sya berada di persimpangan dilema sama ada mahu terus mempertahankan rumahtangganya atau membebaskan diri.
Keadaan bertambah rumit apabila kehadiran Harris, rakan sekerja merangkap kawan baik Sya yang tidak pernah disukainya secara peribadi, mula menimbulkan salah faham dan meretakkan lagi hubungan mereka.
Sya mula menyedari bahawa perubahan sikap suaminya bukan sekadar isu cemburu terhadap Harris tetapi melibatkan sebuah rahsia besar yang disembunyikan oleh Aidil.
Apabila syak wasangka mengatasi kepercayaan, mampukah rumah tangga yang dibina atas dasar cinta dipertahankan?
