Drama Akad Tak Dipinta Di TV3

Drama Akad Tak Dipinta Di TV3

Saksikan drama terbaru Akad Tak Dipinta yang akan menemui penonton mulai 30 Julai 2026, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3. Selain itu, boleh juga strim secara online di Tonton.

Drama 20 episod adaptasi novel dengan tajuk yang sama karya Aalin Ramly ini merupakan arahan Amor Rizan, nukilan skrip daripada Rehal Nuharis bersama Panel Skrip MIG dan diterbitkan oleh MIG Production Sdn. Bhd.

Episod : 20
Tayangan : Slot Samarinda TV3
Tarikh : Mulai 30 Julai 2026 (Isnin - Khamis)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Rehal Nuharis,Panel Skrip MIG
Pengarah : Amor Rizan
Produksi : MIG Production Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon popular yang membintangi drama ini seperti Redza Rosli, Nasuha Sulaiman, Darien Aeldra, Haleeda Mazlin, Faa Zaini, Aleza Shadan, Sharifah Shahora, Kween Keela, Adil Luca, Fendy Bakry, Nazaty Gina dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Redza Rosli sebagai Seth Aliman
  • Nasuha Sulaiman sebagai Seri Lidyani
  • Darien Aeldra sebagai Ikhmal
  • Haleeda Mazlin sebagai Kalida
  • Faa Zaini sebagai Harlyn
  • Aleza Shadan sebagai Masura
  • Sharifah Shahora sebagai Mak Kiah
  • Fendy Bakry sebagai Saif Aliman
  • Kween Keela sebagai Ana
  • Nazaty Gina sebagai Elena
  • Adil Luca sebagai Aiden
  • Syerryfa Alhabshee sebagai Eton
  • Zuhairy Ibrahim sebagai Dato Huzairi

Sinopsis Drama Akad Tak Dipinta

Drama Akad Tak Dipinta mengisahkan tentang Seri iaitu seorang akauntan yang cuba membina semula hidupnya selepas kehilangan cinta pertamanya Saif, dalam sebuah kemalangan tragis.

Kehidupan Seri kembali terancam apabila dipertemukan dengan Seth, majikannya yang dingin dan penuh rahsia. Demi menyelamatkan diri daripada perkahwinan yang mengongkong, Seri menerima lamaran Seth tanpa menyedari akad tersebut adalah permulaan sebuah mimpi ngeri.

Sebaik melangkah ke alam rumah tangga, hakikat sebenar terbongkar bahawa Seth merupakan adik kandung kepada arwah Saif. Seth mengahwini Seri semata-mata untuk membalas dendam atas kehancuran keluarganya, sekali gus menjadikan Seri buruan hukuman emosi atas kesalahan yang tidak pernah dilakukannya.

Situasi menjadi semakin parah dengan kehadiran Harlyn, yang licik menggunakan pelbagai tipu muslihat dan manipulasi untuk merampas Seth di samping menghancurkan hidup Seri.

Di sebalik derita, tangisan dan konflik korporat yang melanda, satu persatu rahsia gelap mula terlerai termasuk kebenaran sebenar di sebalik kematian Saif serta persengketaan keluarga yang tersembunyi.

Mampukah kejujuran merawat luka dendam yang membara atau adakah perkahwinan ini bakal berakhir dengan kehancuran mutlak?

Post a Comment

Previous Post Next Post