Saksikan Telefilem Tiada Galang Ganti yang akan menemui penonton semula pada 1 Ogos 2026, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan Along Kamaludin, nukilan skrip daripada Rina Khan dan diterbitkan oleh produksi A. Aida Production Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan TV3
Tarikh : 1 Ogos 2026 (Sabtu)
Masa : 2.00 PM
Idea Asal : Syafiq Mohd
Penulis Skrip : Rina Khan
Pengarah : Along Kamaludin
Produksi : A. Aida Production Sdn. Bhd.
Pelakon
Barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Atiq Azman, Izzendra, Fimie Don, Muntazar Ghufran, Dilla Ahmad, Badrul Muhayat, Zack Kool, Fauzi Zulkifli, Lan Siro, Puteri Adrianna, Din Dangerous dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Atiq Azman sebagai Alif
- Izzendra sebagai Sarah
- Fimie Don sebagai Fizi
- Muntazar Ghufran sebagai Adi
- Dilla Ahmad sebagai Mak Ani
- Badrul Muhayat sebagai Pak Samad
- Zack Kool sebagai Hj. Sharif
- Fauzi Zulkifli sebagai Pian
- Lan Siro sebagai Cikgu Saiful
- Puteri Adrianna sebagai Alia
- Din Dangerous sebagai Kutuk
Sinopsis Telefilem Tiada Galang Ganti
Telefilem Tiada Galang Ganti mengisahkan tentang Alif selalu mengeluh setiap kali ibu bapanya hanya dapat menghidangkan telur goreng sebagai hidangan.
Dia tidak memahami bahawa mereka menjalani kehidupan yang sukar dan hanya itu yang mampu diberi oleh ibu bapanya.
Tetapi keadaan menjadi terbalik apabila ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan dan Alif harus menjaga adik-adiknya.
Mereka selalu mengeluh asyik makan telur goreng. Sekarang dia tahu bagaimana perasaan orang tuanya dan berharap dia dapat kembali ke masa lampau untuk meminta pengampunan.
