Jangan terlepas untuk saksikan filem aksi jenayah terhebat tahun ini, Chelot yang akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 27 Ogos 2026. Pastinya anda akan terkesima dengan setiap aksi yang ditampilkan.
Terkenal dengan filem Paskal dan Malbatt: Misi Bakara, pengarah tersohor Adrian Teh kini kembali lagi dengan satu lagi filem badan beruniform, PDRM menerusi Chelot.
Filem : Chelot
Genre : Aksi Jenayah, Drama
Penulis : Adrian Teh, Choong Chi-Ren
Pengarah : Adrian Teh
Produksi : ACT 2 Pictures
Pelakon
Antara nama-nama pelakon hebat yang membintangi filem Chelot seperti Shukri Yahaya, Beto Kusyairy, Shaheizy Sam, Nadhir Nasar, Alicia Amin, Azhan Rani, Theebaan G, Mustaqim Bahadon, Amir Nafis dan Hanna Delisha.
Bukan itu sahaja, terdapat juga penampilan daripada Maya Fathia, Chandni Nagadurga, Shaza Bae, Arena Wan, D'Boy Hamdan, Azri Sabri, Steve Yap, Edaman Othman, Izzul Faiq dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Shukri Yahaya sebagai Haqqim
- Beto Kusyairy sebagai Azraf
- Shaheizy Sam sebagai Dato' Bakri
- Nadhir Nasar sebagai Chacko
- Alicia Amin sebagai Zahra
- Azhan Rani sebagai ACP Zafran
- Theebaan G sebagai Desmond
- Mustaqim Bahadon sebagai Fazri
- Amir Nafis sebagai Kabir
- Hannah Delisha sebagai Suraya
Sinopsis Filem Chelot
Selepas satu operasi berisiko tinggi berakhir dengan tragedi yang meragut nyawa beberapa orang pegawai, Pasukan Operasi Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan pemburuan besar-besaran bagi menumpaskan sebuah rangkaian penyeludupan senjata api yang licik dan terancang.
Dalam pada itu, Inspektor Haqqim, seorang pegawai polis operasi khas yang dihimpit beban hutang serta keretakan rumah tangga terpaksa menjadi pemberi maklumat kepada sebuah sindiket jenayah.
Apabila dia bertemu dengan Azraf, orang kanan kepada ketua penjenayah berpengaruh, Dato’ Bakri mengheret Haqqim ke dalam kancah permainan maut antara dunia gelap jenayah dan penguatkuasaan undang-undang, di mana setiap keputusan yang diambil berisiko mengorbankan kerjaya, keluarga, mahupun nyawanya sendiri.
Apa Maksud Chelot?
Pasti ramai yang tertanya-tanya apa maksud Chelot yang menjadi tajuk filem ini? Adakah ianya nama individut atau nama misi atau apa?
Ternyata persoalan ini hanya terjawab menerusi filem tersebut. Jadi bagi siapa yang nak tahu maksud Chelot, anda hanya akan tahu bila menonton filem ini di pawagam.
