Saksikan drama Boneka yang akan mula bersiaran pada 4 September 2026, setiap hari Jumaat, pukul 9.30 malam menerusi slot Dramatika di saluran TVS 122 menerusi MYTV, Unifi TV dan Astro. Anda juga boleh strim di https://www.tvsarawak.my/.
Drama 12 episod ini merupakan arahan pengarah tersohor, Along Kamaludin, nukilan skrip daripada Eja Lorena dan diterbitkan oleh produksi tuan pengarah sendiri iaitu menerusi Layar Ceritera Sdn. Bhd.
Episod : 12
Bersiaran : Slot Dramatika di TVS
Tarikh : Mulai 4 September 2026 (Jumaat)
Masa : 9.30 PM
Penulis Skrip : Eja Lorena
Pengarah : Along Kamaludin
Produksi : Layar Ceritera Sdn. Bhd.
Pelakon
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini seperti Sofia Dendroff, Nafiez Zaidi, Atiq Azman, Sera Melissa, Marc Benji, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Adrea Abdullah, adik Falisha Naira dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Sofia Dendroff sebagai Sufiya
- Nafiez Zaidi sebagai Iman
Sinopsis Drama Boneka
Drama Boneka mengisahkan tentang Sufiya yang pernah melalui trauma masa lalu memilih untuk membina hidup baru. Dia bertemu Iman, lelaki yang sanggup berkorban apa sahaja demi melindungi dan membahagiakannya.
Tetapi apabila Sufiya mula mengejar cinta, kemewahan dan status, semua pilihan yang dibuat mula membawa kepada satu demi satu rahsia penipuan, pengkhianatan dan tragedi.
