Saksikan semula telefilem Ayyad Aisyah yang akan bersiaran pada 4 September 2026, hari Jumaat, jam 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan Osman Ali, nukilan skrip bersama dariapda PGRs Team, Rozie Rashid dan Aina Hanez dan diterbitkan oleh produksi Primeworks Studios Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Wayang di TV3
Tarikh : 4 September 2026 (Jumaat)
Masa : 1.00 PM
Penulis Skrip : PGRs Team, Rozie Rashid, Aina Hanez
Pengarah : Osman Ali
Produksi : Primeworks Studios Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Ariff Abdullah, Indah Emeerlda, Syazuwan Hassan, Shasha Raman, Zamarul Hisham, Watie Sadali, Hisham Ahmad Tajudin dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Ariff Abdullah sebagai Ayyad
- Indah Emeerlda sebagai Aisyah
- Syazuwan Hassan sebagai Suhaimi
- Shasha Raman sebagai Amira
- Zamarul Hisham sebagai Taha
- Watie Sadali sebagai Mastura
- Hisham Ahmad sebagai Hj. Dollah
Sinopsis Telefilem Ayyad Aisyah
Telefilem Ayyad Aisyah mengisahkan seorang kanak-kanak lembam berusia 12 tahun bernama Ayyad yang gemar berkebun dan bermain bola sepak, walaupun tiada kanak-kanak lain mahu bermain dengannya.
Dia mempunyai seorang adik perempuan, Aisyah, berusia 8 tahun. Ayyad sangat menyayangi adiknya dan sanggup melakukan apa sahaja untuknya, begitu juga Aisyah yang sentiasa mempertahankan abangnya setiap kali dia dibuli.
Kehidupan mereka bertambah perit apabila ibu bapa mereka meninggal dunia, menyebabkan mereka dipisahkan dan terpaksa menghadapi pelbagai keperitan hidup. Aisyah yang merindui abangnya nekad melarikan diri dari rumah keluarga angkatnya untuk mencari Ayyad semula.
Sumber : klapbod.com
