Saksikan telefilem Jodoh Tak Salah Alamat yang akan bersiaran semula pada 17 Oktober 2026, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin, nukilan bersama Nurul Halawati dan Farhana Fauri serta diterbitkan oleh Excellent Pictures Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan TV3
Masa : 2.00 PM
Penulis Skrip : Nurul Halawati dan Farhana Fauri
Pengarah : Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin
Produksi : Excellent Pictures Sdn. Bhd.
Pelakon
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Akim Ahmad, Raysha Rizrose, Sharifah Shahora, Adam Shah, Tunku Hanis, Nurin Misha, Rosedah Amsar, Amir Afiq dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Akim Ahmad sebagai Luqman
- Raysha Rizrose sebagai Diana (Rabiatul Adawiyah)
- Sharifah Shahora sebagai Rokiah
- Adam Shah sebagai Ijoy
- Tunku Hanis sebagai Ariana
- Nurin Misha sebagai Mak Kiah
- Rosedah Amsar sebagai Cik Tiah
- Amir Afiq sebagai Tunang Ariana
Sinopsis Telefilem
Telefilem Jodoh Tak Salah Alamah mengisahkan tentang Luqman pernah mengenali seorang gadis bernama Diana ketika Diana melanggar keretanya dahulu.
Diana berpenampilan seksi dan mengamalkan cara hidup barat membuatkan Luqman bersangka buruk terhadap Diana.
Satu hari, Luqman ke masjid dan terserempak dengan seorang gadis cantik iaitu Adawiyah. Tanpa mengetahui, Adawiyah dan Diana adalah orang yang sama. Diana pernah terlibat dengan kemalangan dan sejak itu hidupnya berubah sepenuhnya.
