Jangan lupa untuk saksikan kembali telemovie Simpang Sejenak yang akan bersiaran pada 17 Oktober 2026, hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3. Selain itu, penonton juga boleh strim secara On Demand di Tonton.
Telefilem yang menampilkan gandingan Syazwan Zulkifly bersama Azira Shafinaz ini merupakan arahan Latiff Zami, nukilan skrip daripada Sofia J. Rhyland dan diterbitkan oleh produksi Country & Universal Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Cerekarama TV3
Tarikh : 17 Oktober 2026 (Sabtu)
Waktu : 10.00 Malam
Penulis Lirik : Sofia J. Rhyland
Pengarah : Latiff Zami
Produksi : Country & Universal Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telemovie ini seperti Syazwan Zulkifly, Azira Sharinaz, Raysha Rizrose, Azri Iskandar, Ellie Suriaty, Zazly Baginda, Duerra Mitilda, Raja Hakim, Talha Harith, Nisa Rissa, Jeff Hassan, Ameerul Asyraf
- Syazwan Zulkifly sebagai Ashraf Hanif
- Azira Shafinaz sebagai Manis
- Raysha Rizrose sebagai Izah
- Azri Iskandar sebagai Wak Husin
- Duerra Mitilda sebagai Esha
Sinopsis Telefilem Simpang Sejenak
Telefilem Simpang Sejenak mengisahkan tentang Hanif iaitu seorang pemandu kereta sewa di sekitar Johor. Ianya bermula apabila Usin meminta bantuan Hanif untuk menjemputkan di Batu Pahat.
Dalam perjalanan tersebut, Hanif terserempak dengan seorang wanita misteri bernama Manis. Dia meminta bantuan Hanif untuk hantarkannya pulang ke rumah. Lalu Hanif sedia menawarkan diri untuk menghantarnya.
Setelah peristiwa tersebut, Hanif dilaporkan hilang beberapa hari sehinggalah berjaya ditemukan. Sejak dari itu juga, Hanif telah mengabaikan isteri dan keluarganya dan hanya terbayang-bayangkan Manis sahaja.
