Saksikan telefilem Dia Kembarku yang akan menemui penonton semula pada 5 September 2026, hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.
Telefilem yang asalnya ditayangkan pada tahun 2020 ini merupakan terbitan Kembara Sufi Sdn. Bhd. Karya ini diarahkan oleh Isma Yusof dengan nukilan skrip daripada Yuswaisar.
Tayangan Asal : 2020
Bersiaran : Slot Cerekarama di TV3
Tarikh : 5 September 2026 (Sabtu)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Yuswaisar
Pengarah : Isma Yusof
Produksi : Kembara Sufi Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Emma Maembong, Lisdawati, Norman Hakim, Raja Azmi, Baiq Balqis, Lalu Putera, Nadhif Sazali dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Emma Maembong sebagai Amina & Amira
- Norman Hakim sebagai Datuk Jamal
- Lisdawati sebagai Datin Maria
- Raja Azmi sebagai Mak Kiah
- Yus Waisar sebagai Zarul
Sinopsis Telefilem Dia Kembarku
Telefilem Dia Kembarku mengisahkan tentang Datuk Jamal yang sanggup mengusir salah seorang daripada anak kembar iaitu Amina hanya kerana dilahirkan dengan kecacatan di bahagian muka.
Ternyata kehidupan Amina cukup berbeza dengan cara hidup kembarnya yang dilahirkan sempurna Amira. Sikap pilih kasih ayah mereka yang ternyata malu dengan pemberian tuhan itu akhirnya memakan diri.
Sumber : klapbod.com
