Jangan terlepas untuk menonton sekali lagi telemovie Kasih Tau Foo Fah yang akan bersiaran pada 6 September 2026, hari Ahad, pukul 9.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 atau secara online di aplikasi Tonton.
Telefilem asalnya ditayangkan kali pertama pada tahun 2020 ini merupakan arahan Raja Mukhriz, nukilan skrip daripada Ellyna Ahmad dan diterbitkan oleh produksi Eleven Field Creative Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2020
Bersiaran : Slot Cereka Ahad di TV3
Tarikh : 6 September 2026 (Ahad)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Ellyna Ahmad
Pengarah : Raja Mukhriz
Produksi : Eleven Field Creative Sdn. Bhd.
Pelakon
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Michael Ang, Mior Darwish, Sharifah Sakinan, Pekin Ibrahim, Shukri Yahaya, Sharifah Shahora, Jimmy Choong, Phoebe Tan dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Michael Ang sebagai Ah Leong
- Mior Darwish sebagai Fitri
- Sharifah Sakinah sebagai Anis
- Pekin Ibrahim sebagai Ramlan
- Sharifah Shahora sebagai Miss Jane
- Jimmy Choong sebagai Alan
- Phoebe Tan sebagai Mar
- Shukri Yahaya sebagai Fitri dewasa
Sinopsis Telemovie Kasih Tau Foo Fah
Telemovie Kasih Tau Foo Fah mengisahkan kehidupan Fikri (Mior Darwish) yang terpisah dengan keluarganya angkara kemelut hidup. Hinggalah dia ditemui oleh Ah Leong (Michael Ang), seorang penjaja tau foo fah.
Selama penemuan tersebut, pelbagai cabaran yang mereka lalui bermula dengan rasa benci terhadap Fikri sehinggalah Ah Leong mengambil keputusan untuk mengambil budak tersebut sebagai anak angkat selepas diberitahu kematian ibunya.
Bermula dari itulah, kasih sayang mereka bertambah erat di samping tau foo fah yang dijual. Ini tidak berlarutan lama sehingga Fikri terpaksa dibawa ke pusat jagaan kanak-kanak. Tidak cukup dengan itu, tiba-tiba Fikri diambil oleh keluarga angkat yang baru.
Bermula detik inilah, Ah Leong merasa sangat sedih dan berdoa setiap hari supaya Fikri kembali ke pangkuannya. Mampukah Fikri kembali bersatu dengan keluarga kandungnya?
