Saksikan telefilem Batik Zakiah yang akan menemui penonton kembali pada 11 September 2026, hari Jumaat, jam 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan pengarah tersoho, Heykal Hanifah, nukilan skrip bersama Wan Mahani dan Ana Balqis serta diterbitkan oleh produksi Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Wayang di TV3
Tarikh : 11 September 2026 (Jumaat)
Masa : 1.00 PM
Idea Asal : Ana Balqis
Penulis Skrip : Wan Mahani Wan Hassan, Ana Balqis
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem Batik Zakiah adalah Amyza Aznan, Eyka Farhana, Rusdi Ramli, Laila Nasir, Dato' A. Tamimi Saregar, Faezah Elai, Noralbaniah, Asri Azizan, Azar Azmi dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Amyza Aznan sebagai Zakiah (Tua)
- Eyka Farhana sebagai Zakiah (Muda)
- Rusdi Ramli sebagai Azmi
Sinopsis Telefilem Batik Zakiah
Telefilem Batik Zakiah mengisahkan tentang kehidupan Zakiah yang penuh dengan dugaan yang membuatkan dia merana.
Zakiah telah mendirikan rumah tangga dan menjadi isteri kedua. Dia dilayan dingin oleh isteri pertama dan diperlakukan seperti orang gaji dirumahnya sendiri.
Setelah melahirkan anak yang diberi nama Anum, Zakiah diceraikan dan anaknya diambil semasa umur 6 bulan.
Kejadian itu menyebabkan Zakiah mengalami kemurungan dan meroyan. Hanya sehelai kain batik yang selalu digunakan untuk Anum sebagai pengubat rindu.
