Jangan terlepas untuk saksikan semula telefilem Sempurna yang akan bersiaran pada 9 Ogos 2026, hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 atau anda juga boleh strim secara online di Tonton.
Tayangan Asal : 2023
Bersiaran : Slot Cereka Ahad TV3
Tarikh : 9 Ogos 2026 (Ahad)
Waktu : 9.00 PM
Penulis Skrip : Lyndda Sharudin
Pengarah : Ayie Mustafa
Produksi : Sha's Media Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem Sempurna ini seperti Siti Saleha, Redza Rosli, Sara Melissa, Fadilah Mansor, Nuralbaniah, Doria Rachel, Jay Iswazir, Kween Keela, Raja Azmi dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Siti Saleha sebagai Rossa
- Redza Rosli sebagai Amsyar
- Sara Melissa sebagai Rania
- Fadilah Mansor sebagai Hjh Rahmah
- Nuralbaniah sebagai Ibu Rossa
- Doria Rachel sebagai Amelia
- Jay Iswazir sebagai Nabil
- Kween Keela sebagai Safiya
Sinopsis Telefilem Sempurna
Telefilem Sempurna mengisahkan tentang Rossa iaitu seorang wanita berkerjaya, sukses dalam rumahtangga dan dilihat sangat sempurna daripada mata semua orang. Mempunyai suami, Amsyar yang berkerja dalam O&G serta 3 orang anak yang comel.
Mereka dilihat pasangan yang serasi, berjaya di usia muda dan menjadi idola kepada kebanyakan kawan-kawan mereka.
Kisah bermula apabila suatu hari bayi mereka, Aqief meninggal dunia akibat tersedak susu dan kejadian malang ini bukan berlaku di rumah pengasuh sebaliknya di rumah mereka sendiri ketika dalam jagaan Rossa.
Amsyar yang ketika itu berada di luar negara segera pulang dan merasa terkejut serta kesal. Amsyar seolah menyalahkan Rossa kerana lalai. Rossa berasa tertekan, sudahlah dia kehilangan anak, Amsyar pula seakan tidak bersamanya.
Ketika menjalani rawatan psikiatri barulah segala terbongkar. Doktor Nazri mengesan banyak kejanggalan dalam bicara Rossa. Adakah kehidupan Rossa benar-benar sempurna?
