Saksikan telemovie Lukisan Hati Umar yang akan menemui penonton semula pada 1 November 2026, hari Ahad, pukul 9.00 malam di slot Cereka Ahad di TV3 atau boleh juga saksikan secara online di Tonton.
Telefilem yang asalnya ditayangkan pada tahun 2024 ini merupakan terbitan syarikat produksi Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd. Naskah ini merupakan arahan Fazli Yahya dan nukilan skrip daripada MF Kencana.
Tayangan Asal : 2024
Bersiaran : Slot Cereka Ahad TV3
Tarikh : 1 November 2026 (Ahad)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : MF Kencana
Pengarah : Pali Yahya
Produksi : Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon & Watak
Antara nama-nama pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Dzul Hadziq, Izzue Islam, Nad Zainal, Syazwan Zulkifly, Puteri Raisya, Damia Qaissarah dan ramai lagi. Serta penampilan istimewa daripada Kodi Rasheed.
- Dzul Hadziq sebagai Umar
- Izzue Islam sebagai Cikgu Hisham
- Nad Zainal sebagai Ramlah
- Syazwan Zulkifly sebagai Zahar
- Damia Qaissarah sebagai Syikin
Sinopsis Telemovie Lukisan Hati Umar
Telemovie Lukisan Hati Umar mengisahkan tentang Umar iaitu seorang anak kecil yang mempunyai bakat melukis dan sering ditemani oleh beruk kesayangannya bernama Acen.
Kehidupannya dan ibunya, Ramlah berubah selepas ayahnya, Rusdi meninggal dunia dan Ramlah mengahwini Zahar.
Hasil upah memetik kelapa sering dirampas oleh Zahar. Umar juga sering ponteng sekolah demi hendak menjaga Ramlah yang tidak sihat. Keadaan Umar mendapat perhatian daripada Cikgu Hisyam yang menyangkakan Umar budak bermasalah dan tidak berdisiplin.
