Jangan lupa saksikan telefilem Tanah Tumpat yang akan bersiaran pada 31 Oktober 2026, hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik. Ianya merupakan sebuah supertele budaya tentang Mok Yong.
Bersiaran : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 31 Oktober 2026 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Shamsul Ambil
Pengarah : Dato' TS Jeffery
Produksi : Pentas Wayang Production Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Wan Hanafi Su, Datin Fadhilah Mansor, Sulaiman Yassin, Dato' TS Jeffery, Yank Kassim, Dyrianna James, Sabri Yunus, Jimmy Bunohan, Joey Len, Teressa Terencez Ting, allayarham Kamarul Hj. Yusof dan ramai lagi.
Sinopsis Telefilem Tanah Tumpat
Telefilem Tanah Tumpat mengisahkan tentang bagaimana Pak Deris yang berusaha memperjuangkan dan memartabatkan seni warisan Mak Yong walaupun pada awalnya mendapat tentangan.
Pementasan terakhirnya sebelum meninggal dunia membuka mata masyarakat kampung dan generasi muda untuk menghidupkan semula warisan budaya tersebut.
