Drama Bayangan Dendam Di Viu

Drama Bayangan Dendam Di Viu

Saksikan drama siri terbaru Bayangan Dendam yang akan menemui penonton mulai 22 Oktober 2026, bersiaran setiap hari Khamis dan Jumaat secara eksklusif di Viu. Anda boleh strim di https://www.viu.com/ atau menggunakan aplikasi mobile.

Sebuah drama yang membawakan elemen, romantik, konflik dan dendam ini merupakan arahan Helmie Yusof, nukilan skrip bersama Mickey Sharum dan Aina Izza dan diterbitkan oleh produksi Global Station Sdn. Bhd.

Episod : 12
Tayangan : Viu
Tarikh : Mulai 22 Oktober 2026
Idea Asal : Naqibuno
Penulis Skrip :Mickey Sharum, Aina Izzah
Pengarah : Helmie Yusof
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.

Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang membintangi drama ini seperti Nadhir Nasar, Erysha Emyra, Sophia Albarakbah, Emelda Rosemila, Yusuf Bahrin, Mia Nasir, Faha Azhar, Lan Siro dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Nadhir Nasar sebagai Farhan
  • Erysha Emyra sebagai Ariana
  • Sophia Albarakbah sebagai Melissa
  • Emelda Rosemila sebagai Hanim
  • Yusuf Bahrin sebagai Inspektor Daniel
  • Mia Nasir sebagai Azura
  • Lan Siro sebagai Bujang
  • Faha Nasir sebagai KPL Karim

Sinopsis Drama Bayangan Dendam

Bayangan Dendam mengisahkan tentang Farhan yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Dia merupakan seorang anak yang baik dan rapat dengan ibunya. Farhan mempunyai seorang teman wanita bernama Melissa Aishah binti Abdullah, perempuan yang dia betul-betul sayang selain emaknya.

Sebelum bertolak ke luar negara dia berjanji akan kembali ke pangkuan insan-insan tersayang. Namun takdir menemukan dia dengan Ariana. Mereka berkenalan di tempat mereka belajar malah semakin lama mereka semakin rapat. Yang lebih merumitkan keadaan adalah Ariana dan juga Melissa adalah kawan baik.

Sewaktu pulang di tanah air, mereka berdua cuba untuk merahsiakan hubungan, sehinggalah Farhan umumkan dia ingin bertunang dengan Ariana.

Konflik semakin memuncak apabila Melissa yang patah hati itu ditemui mati akibat dibunuh. Farhan dan Ariana menjadi suspek utama. Siapa sebenarnya yang bunuh Melissa?

Post a Comment

Previous Post Next Post