Saksikan telefilem Diari Berdarah yang akan bersiaran pada 17 Oktober 2026, hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.
Telefilem ini merupakan arahan Eoon Shuhaini, nukilan skrip daripada Haida Mazni dan diterbitkan oleh produksi Sree Star Film Production.
Tayangan : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 17 Oktober 2026 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Haida Mazni Mohammad
Pengarah : Eoon Shuhaini
Produksi : Sree Star Film Productions
Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Nad Zainal, Sara Ali, Sobri Anuar, Ieda Moin, Anita Permata Sari dan ramai lagi
Watak Lakonan
- Nad Zainal sebagai Kaseh
- Sara Ali sebagai Anggun
- Sobri Anuar sebagai Arjuna
Sinopsis Telefilem Diari Berdarah
Telefilem Diari Berdarah mengisahkan tentang Kaseh iaitu seorang penulis e-book yang menemui diari misteri milik seseorang bernama Kupu-Kupu Biru.
Kandungan diari tentang kecurangan Arjuna terhadap Anggun memberi inspirasi kepada Kaseh menghasilkan novel digital Diari Berdarah yang kemudiannya menjadi viral.
Namun, apabila Arjuna menyedari kisah itu menyerupai rumah tangganya, misteri kehilangan Anggun mula terbongkar dan Kaseh berusaha mencari identiti sebenar pemilik diari tersebut.
