Saksikan telefilem Tanggang Langgang yang akan bersiaran semula pada 4 Julai 2026, hari Sabtu, pada pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan arahan Emi Suffian, nukilan skrip daripada Amin Shakib dan diterbitkan oleh produksi OrangeTree Production Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Masa : 2.00 Petang
Penulis Skrip : Amin Shakib
Pengarah : Emi Suffian
Produksi : OrangeTreen Production Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Fendy Bakri, Usop, Sharifah Rose, Puteri Sarah Liyana, Rahim Omar, Muaz Fitri Maslan, Hafidz Roshdi, Salina Saibi, Ieka Zulkifli, Kak Girl, Ramli Saleh dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Fendy Bakri sebagai Fahmi
- Usop sebagai Ghani
- Sharifah Rose sebagai Orkid
- Puteri Sarah Liyana sebagai Melur
- Rahim Omar sebagai Kamal
- Muaz Fitri Maslan sebagai Ramlan
- Hafidz Roshdi sebagai Tahir
- Salina Saibi sebagai Suraya
- Ieka Zulkifli sebagai Puan Ayu
- Kak Girl sebagai Puan Ros
- Ramli Saleh sebagai Encik Rahman
Sinopsis Telefilem Tanggang Langgang
Telefilem Tanggang Langgang mengisahkan tentang Fahmi dan Ghani yang merupakan dua anak yatim yang sering dambakan kasih sayang ibu bapa.
Pada masa yang sama, ada seorang bekas askar bernama Kamal sedang mencari dua orang anaknya yang diserahkan kepada sebuah pusat kebajikan oleh isterinya yang tidak mampu membesarkan mereka ketika Kamal tiada untuk bertugas.
Fahmi dan Ghani memutuskan untuk menyamar menjadi anak Kamal memandangkan Kamal juga sudah agak nyanyuk, oleh itu mudah baginya untuk menerima mereka berdua.
Sepanjang hidup bersama Fahmi dan Ghani telah menjadi anak yang baik kepada Kamal hinggalah suatu hari mereka menyatakan permintaan untuk menjadi anak yang kurang ajar.
Kamal yang menurut permintaan mereka telah menampar kedua-duanya hingga mereka menangis teresak esak. Dan ketika inilah mereka mengetahu bahawa Kamal adalah ayah mereka yang sebenar.
