Jangan lupa saksikan telefilem Mustaqim yang akan menemui penonton pada 5 Julai 2026, hari Ahad, pukul 9.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2024 ini merupakan arahan Eyra Rahman, nukilan skrip daripada Taqim Zaki dan diterbitkan oleh produksi Razor Edge Pictures Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2024
Bersiaran : Slot Cereka Ahad di TV3
Masa : 9.00 Malam
Cerita Asal : Dato' Saniboey Mohd Ismail
Penulis Skrip : Taqim Zaki
Pengarah : Eyra Rahman
Produksi : Razor Edge Pictures Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini seperti MK K-Clique, Syafie Naswip, Rita Nadira, Sharul Kamal, Khatijah Tan, Bohari Ibrahim, Rykarl Iskandar, Azhan Rani, Fadhli Masoot, Kahoe Hon, Yassin Senario dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- MK K-Clique sebagai Mustaqim
- Syafie Naswip sebagai Razif
- Sharul Kamal sebagai Fauzi
- Rykarl Iskandar sebagai Muaz
- Bohari Ibrahim sebagai Pak Mail
- Khatijah Tan sebagai Zainab
- Rita Nadira sebagai Sofea
- Fadhli Masoot sebagai Pet
- Azhan Rani sebagai Abang Wan
- Yassin Senario sebagai Borhan
- Danish Haziq sebagai Latif
Sinopsis Telefilem Mustaqim
Telefilem Mustaqim mengisahkan tentang Mustaqim yang merupakan seorang yang berpewatakan lurus dan nakal. Dia juga adalah seorang samseng jalanan kota raya.
Di sebalik sifatnya itu, dia adalah anak yang sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan impian orang tuanya, Pak Mail dan Zainab, untuk menunaikan umrah tercapai.
Walau bagaimanapun, ia bukanlah hal yang mudah baginya yang menyara hidup sebagai penyelia parkir secara haram. Namun, takdir telah menemukannya dengan Razif yang mempunyai rangkaian sindiket dadah. Mustaqim telah mula melibatkan dirinya dalam dunia gelap ini.
Mustaqim telah berjaya mendapat kepercayaan Razif. Sebagai orang kanan Razif, dia juga telah bertanggungjawab untuk menjadi perantara dadah antara Razif dan para pelanggannya.
Seiring dengan wang yang dijana menerusi dunia dadah ini, Mustaqim juga mula mengumpul wang untuk membiayai kos umrah ibu bapanya. Bukan itu sahaja, dia juga sedia menghulurkan bantuan kepada beberapa rakannya yang berniaga.
Namun, adakah ini caranya dia akan berjaya mencapai matlamatnya yang utama itu?
