Saksikan drama terbaru Anom Suraya yang akan menemui penonton bermula 4 Julai 2026, bersiaran setiap hari Jumaat dan Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3. Selain itu, penonton juga boleh strim secara online di Tonton.
Drama 13 episod ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama 'Anom Suraya' daripada penulis Dr. Samsiah Mohd Nor yang juga merupakan ibu kepada pelakon watak utama iaitu Daiyan Trisha.
Episod : 13
Bersiaran : Slot Lestary TV3
Tarikh : Mulai 4 Julai 2026 (Jumaat & Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Mida Yusof & Dr. Samsiah Mohd Nor
Pengarah : Osman Ali
Produksi : Nuansa Film Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi drama ini seperti Daiyan Trisha, Idris Khan, Yusuf Bahrin, Iman Suhana, Fazlina Ahmad Daud, Dr. Samsiah Mohd Nor, Puteri Khareza, Halim Radzi, Azna Hamid, Saliza Ali dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Daiyan Trisha sebagai Anom Suraya
- Idris Khan sebagai Bakhtiar
- Yusuf Bahrin sebagai Badrol
- Iman Suhana sebagai Mastura
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Puan Raden
- Halim Radzi sebagai Roy
- Dr. Samsiah Mohd Nor sebagai Mak Uteh
- Puteri Khareza sebagai Suzie
Sinopsis Drama Anom Suraya
Drama Anom Suraya mengisahkan tentang kehidupan Anom iaitu seorang gadis kampung yang berhijrah ke Kuala Lumpur demi membantu ibunya dengan bekerja sebagai pembantu rumah di kediaman Puan Raden.
Di situ, Anom menjaga Bakhtiar serta adiknya, Badrol yang berdepan masalah kesihatan mental, sebelum kehadirannya mula membawa perubahan dalam kehidupan mereka.
Namun, keadaan menjadi rumit apabila hubungan Anom dan Bakhtiar menimbulkan bibit cinta, sementara Badrol turut mula menyimpan perasaan terhadapnya.
Dalam masa sama, Puan Raden berharap Anom dapat terus membantu menenangkan Badrol demi kestabilan keluarganya, sekali gus meletakkan Anom dalam dilema.

