Saksikan drama terbaru berjudul Keturunan yang akan menemui penonton mulai 29 Julai 2026, setiap hari Isnin hingga Khamis hanya di Tonton. Anda boleh strim di https://tonton.com.my/ atau aplikasi mobile.
Drama 20 episod ini merupakan arahan Azmi Hata, nukilan skrip bersama daripada Amin Shakib, Ib Nawawi, Sharina NBJ serta Siti Solehah dan diterbitkan oleh produksi Orangetree Production.
Episod : 20
Bersiaran : Tonton
Penulis Skrip : Amin Shakib, Ib Nawawi, Sharina NBJ, Siti Solehah
Pengarah : Azmi Hata
Produksi : Orangetree Production
OST Drama
Lagu : Noktah Epilog Cinta
Artis : Forteen x Izzue Islam
Komposer : Syahmi Muffins, Norman Abdul Halim
Lirik : Norman Abdul Halim
Pelakon
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini seperti Syarul Ezani, Ruhainies, Ds Shah Rezza, Hafidzuddin Fazil, Syazuwan Hassan, Arash mohd, Sharifah Shahora, Syed Aiman, Farahdhiya, Zarul Husin, Emelda Rosemila, Azhar Sulaiman, Marisa Yasmin, Wan Raja, Zarynn Min, Shaza Bae, Scha Elinnea, Puteri Balqis, Amanda Tan, Erin Abdullah dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Syarul Ezani sebagai Haikal
- Ruhainies sebagai Azira
- Ds Shah Rezza sebagai Datuk Syed Razak
- Hafidzuddin Fazil sebagai Datuk Jalal
- Syazuwan Hassan sebagai Shazlan
- Arash mohd sebagai Nabil
- Sharifah Shahora sebagai Halimah
- Syed Aiman sebagai Nazrul
- Farahdhiya sebagai Zurina
- Zarul Husin sebagai Firdaus
- Emelda Rosemila sebagai Kamelia
- Azhar Sulaiman sebagai Kahar
- Marisa Yasmin sebagai Adibah
- Wan Raja sebagai Nizam
- Zarynn Min sebagai Karisya
- Shaza Bae sebagai Marisa
- Scha Elinnea sebagai Melissa
Sinopsis Drama Keturunan
Drama Keturunan mengisahkan tentang Azira dan Haikal iaitu pasangan ideal dari dua keluarga korporat berpengaruh, bakal menyatukan empayar perniagaan mereka menerusi satu ikatan perkahwinan.
Namun, segala-galanya musnah apabila majlis pertunangan mereka bertukar menjadi medan pergaduhan yang memalukan hingga dibatalkan di saat-saat akhir.
Di sebalik kontroversi yang tular itu, tersimpan badai yang lebih besar. Keluarga Haikal kini di ambang muflis, manakala Datuk Azira pula mula dihantui rahsia hitam masa lalu.
Apabila perebutan kuasa, dendam, dan pengkhianatan mula memecah-belahkan kedua-dua keluarga demi harta, mampukah Azira dan Haikal mempertahankan cinta sejati mereka?
