Selepas Anom Suraya, slot Lestary akan digantikan dengan sebuah lagi drama terbaru berjudul Boss Kid. Akan mula disiarkan pada 21 Ogos 2026, setiap hari Jumaat dan Sabtu, jam 9.00 malam di TV3. Juga tersedia secara online di Tonton.
Drama 20 episod yang membawa tema drama komedi ini merupakan arahan Shuhaimi Zulkefli, nukilan skrip bersama Shaza Talib dan Eja Lorena serta diterbitkan oleh produksi Jaja Ishak Channel Sdn. Bhd.
Episod : 20
Bersiaran : Slot Lestary di TV3
Tarikh : Mulai 21 Ogos 2026 (Jumaat & Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Shaza Talib,Eja Lorena
Pengarah : Shuhaimi Zulkefli
Produksi : Jaja Ishak Channel Sdn. Bhd.
OST Drama
Tajuk Lagu : Navigasi
Penyanyi : Nazreen
Komposer : Johan John & Bob Junior
Penulis Lirik : Khaleel
Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi drama Boss Kid seperti Datuk Fizz Fairuz, Noorkhiriah, Syed Irfan, Qistina Raisah, Ummar Dzariff, Arash Mohd, Raja Azmi, Ikhram Juhari, Ungku Hariz, Iramakush, Shyrim Husni, Riena Amirah dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Datuk Fizz Fairuz sebagai Izham
- Noorkhiriah sebagai Rafidah
- Syed Irfan sebagai Rizqin Irfan
- Qistina Raisah sebagai Ryhana
- Ummar Dzariff sebagai Idris
- Arash Mohd sebagai Hussein
- Raja Azmi sebagai Mak Siti
- Ikhram Juhari sebagai Chairil Miming
- Ungku Hariz sebagai Afzan
Sinopsis Drama Boss Kid
Drama BOSS KID mengisahkan keluarga Izham yang berdepan cabaran hidup selepas kehilangan sumber pendapatan.
Dalam keadaan serba mencabar, harapan baharu hadir daripada insan yang paling tidak disangka, iaitu anak mereka sendiri.
Petah berkata-kata dan kreatif menghasilkan kandungan digital, Rizqin tidak menyangka minatnya terhadap media sosial menjadi titik perubahan buat keluarganya.
Melihat potensi yang dimiliki anak mereka, Izham dan Rafidah mengambil keputusan untuk memanfaatkan pengaruh Rizqin bagi mempromosikan perniagaan keluarga, sekali gus melantiknya sebagai 'Bos Kecik'.
Berbekalkan idea kreatif dan keyakinannya, Rizqin berjaya menarik perhatian ramai sehingga perniagaan Burger Malaysia mula mendapat sambutan.
Namun, gelaran 'Bos Kecik' bukan sekadar satu panggilan apabila telatah dan sikapnya yang gemar memberi arahan kepada ahli keluarga mencetuskan pelbagai situasi lucu dalam usaha mereka mengembangkan perniagaan.
Di sebalik kejayaan yang mula dikecapi, keluarga Izham turut berdepan pelbagai cabaran apabila muncul pihak yang tidak senang melihat perkembangan perniagaan mereka.
Persaingan, hasad dengki dan pelbagai rintangan menguji kekuatan mereka dalam mempertahankan perniagaan yang dibina bersama.


