Drama Hanya Untuk Dia Di TV3

Drama Hanya Untuk Dia Di TV3

Saksikan drama terbaru berjudul Hanya Untuk Dia yang mana akan menemui penonton mulai 21 Ogos 2026, bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3. Selain itu, anda boleh strim 24 jam lebih awal di platform Tonton.

Drama 28 episod berdasarkan novel karya Ain Nuraina yang menggantikan Yes! Captain Zul Aaryan ini merupakan arahan Bahri Umar, nukilan skrip daripada Sophilea dan diterbitkan oleh produksi Pencil Pictures & Records Sdn. Bhd.

Episod : 28
Tayangan : Slot Akasia di TV3
Tarikh : Mulai 21 Ogos 2026 (Isnin - Jumaat)
Masa : 7.00 Malam
Penulis Skrip : Sophilea
Pengarah : Bahri Umar
Produksi : Pencil Pictures & Records Sdn. Bhd.

OST Drama

Lagu : Naqiu
Penyanyi : Adanya Kau Disini
Komposer : Ewal, Adly Kiddy & Hanis Rafi
Lirik : Ewal, Adly Kiddy & Hanis Rafi

Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama Hanya Untuk Dia seperti Aniq Suhair, Amylia Aidura, Wanna Ali, Muaz Zabir, Talhah Harith, Shaza Bae, Liza Abdullah, Ieda Moin, Kaza Saisi, Dato' Haris Embong, Maymay, Sufian Ali dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Aniq Suhair sebagai Dr. Zafran
  • Amylia Aidura sebgai Ain Nuraina
  • Wanna Ali sebagai Hana
  • Muaz Zabir sebagai Hisham
  • Talhah Harith sebagai Ikram
  • Shaza Bae sebagai Dr. Dania
  • Liza Abdullah sebagai Hafisah
  • Ieda Moin sebagai Mariam
  • Kaza Saisi sebagai Ayah Chik

Drama Hanya Untuk Dia Di TV3

Sinopsis Drama Hanya Untuk Dia

Drama Hanya Untuk Dia mengisahkan tentang Ain iaitu seorang gadis tabah yang kehilangan kedua ibu bapanya, memikul tanggungjawab besar menjaga abangnya, Ikram, yang lumpuh dan bergantung kepada rawatan dialisis.

Dalam usia yang masih muda, Ain terpaksa membahagikan hidupnya antara pelajaran, kerja dan keluarga.

Pertemuan yang dipenuhi konflik dan salah faham akhirnya membawa kepada sebuah perkahwinan tanpa cinta apabila Ain terpaksa berkahwin dengan Zafran demi menyelamatkan abangnya.

Namun, perkahwinan yang bermula tanpa cinta itu perlahan-lahan mengajar mereka tentang pengorbanan, penyesalan dan erti sebenar cinta..

Post a Comment

Previous Post Next Post