Telefilem Lazuardi Di TV1

Telefilem Lazuardi Di TV1

Saksikan telefilem Lazuardi yang akan menemui penonton kembali pada 22 Ogos 2026, hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1. Anda juga boleh tonton secara striming On Demand di RTM Klik.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2023 ini merupakan arahan Zainal Hayat, nukilan skrip daripada Ramlah Rashid dan diterbitkan oleh produksi Nadirasa Budaya (M) Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2023
Bersiaran : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 22 Ogos 2026 (Sabtu)
Masa : 9.00 PM
Idea Asal : Ramlah Rashid
Penulis Skrip : Ramlah Rashid
Pengarah : Mejar (B) Zainal Hayat
Produksi : Nadirasa Budaya (M) Sdn. Bhd.

Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini Naufal Hatta, Alya Iman, Nazrief Nazri, Fimie Don, Zaidi Omar, Den Wahab, Tash Yong, Masniza Manan dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Naufal Hatta sebagai Adam
  • Alya Iman sebagai Mawar
  • Nazrief Nazri sebagai Lokman
  • Fimie Don sebagai Jejai
  • Zaidi Omar sebagai Sahar

Sinopsis Telefilem Lazuardi

Telefilem Lazuardi mengisahkan tentang Mawar yang malu apabila tunangnya, Jejai ditangkap khalwat dengan Wani. Keluarganya menyalahkan Mawar kerana membuat pilihan yang salah dan Mawar menyalahkan ayahnya kerana tidak membenarkan mereka keluar dating sebelum kahwin.

Abang Mawar iaitu Lokman mahu mencari pengganti tempat pengantin lelaki untuk adiknya lalu terjumpa dengan Adam. Adam bersetuju untuk membantu Mawar setelah melakukan solat hajat dan istikharah.

Perkahwinan Mawar dan Adam pada mulanya agak hambar kerana tidak sempat mengenali hati budi masing-masing. Namun Mawar mula terbuka hati menerima Adam secara ikhlas apabila melihat keperibadian Adam yang jauh berbeza Jejai.

Konflik dalam rumahtangga mereka berlaku apabila Wani yang merupakan bekas tunang Adam muncul dan merayu kepada Mawar untuk menjadi isteri kedua Adam.

Walaupun Adam menegaskan dia sudah melupakan kisah lama, Mawar risau jika Adam menerima Wani semula dan hal ini menyebabkan Mawar berusaha menjaga hubungannya dengan Adam. Adakah Adam akan berubah hati?

Post a Comment

Previous Post Next Post