Drama Yes! Captain Zul Aaryan Di TV3 - Tarikh Tayangan, Sinopsis & Senarai Pelakon

Drama Yes! Captain Zul Aaryan Di TV3

Jangan terlepas untuk saksikan drama Yes! Captain Zul Aaryan mulai 10 Julai 2026, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3 serta tayangan secara online di Tonton.

Selain itu, anda juga boleh strim menerusi platform iQIYI di https://www.iq.com/ atau aplikasi mobile sejurus selepas tamat siaran di tv.

Drama adaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama karya Wnfhanna ini merupakan arahan Nizam Zakaria dan diterbitkan oleh produksi Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd.

Episod : 30
Bersiaran : Slot Akasia di TV3
Tarikh : Mulai 10 Julai 2026 (Isnin - Jumaat)
Masa : 7.00 Malam
Penulis Skrip : Rozie Rashid & PGR Team
Pengarah : Nizam Zakaria
Produksi : Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini seperti Jazmy Juma, Anna Jobling, Nafiz Muaz, Natasha Sass, Adriana Ghafar, Zulkifli Ismail, Kuza Muzani, Esma Daniel, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Jazmy Juma sebagai Captain Zul Aryan
  • Anna Jobling sebagai Zara Andrea
  • Nafiz Muaz sebagai Hazwan
  • Daniel Fong sebgai Bahri
  • Natasha Sass sebagai Rania
  • Adriana Ghafar sebagai Salwa
  • Esma Daniel sebagai Dato' Abraham
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Datin Melinda
  • Zulkifli Ismail sebagai Tan Sri Zul Azhar
  • Kuza Muzani sebagai Pn Sri Zulaikha

Sinopsis Drama Yes Captain Zul Aaryan

Drama Yes! Captain Zul Aaryan berkisar tentang Zul Aaryan iaitu seorang juruterbang yang juga merupakan CEO. Di sebalik imej profesional, tegas dan kelihatan sempurna dari luar, Zul sebenarnya membawa luka lama selepas dikhianati oleh bekas kekasihnya. Pengalaman pahit itu membuatkan dia memilih untuk menutup pintu hati, seolah-olah cinta bukan lagi destinasi yang mahu diterbanginya.

Namun, hidup Zul mula berubah apabila dia bertemu Zara Andrea, seorang pelatih praktikal yang berani, lantang dan tidak mudah tunduk kepada sesiapa. Zara bukan watak wanita yang sekadar hadir untuk melembutkan ego lelaki utama, sebaliknya dia memiliki pendirian, suara dan keberanian untuk mencabar keadaan.

Pertemuan pertama mereka berlaku dalam suasana tegang, sekali gus membuka ruang kepada hubungan yang penuh pertelingkahan, salah faham dan pertembungan personaliti.

Drama Yes! Captain Zul Aaryan Di TV3

Post a Comment

Previous Post Next Post