Filem Keramat Gunung Jerai Di Tonton

Filem Keramat Gunung Jerai Di Tonton

Jangan lupa saksikan drama Keramat Gunung Jerai yang akan mula ditayangkan pada 8 Julai 2026 menerusi platform Tonton. Anda boleh strim di https://www.tonton.com.my/ atau aplikasi mobile.

Striming : Tonton
Tarikh : Mulai 8 Julai 2026
Pengarah : Luqman Hafidz
Produksi : Lumatic Films

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini seperti Niezam Zaidi, Cristina Suzanne, Sara Ali, Iedil Dzuhre Alaudin, Akmal Asraf, Kis Aisha dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Niezam Zaidi sebagai Hakim
  • Cristina Suzanne sebagai Najiha
  • Sara Ali sebagai Sara Ali
  • Iedil Dzuhre Alaudin sebagai Junaidi
  • Akmal Ashraf sebagai Wan
  • Kis Aisha sebagai Laila

Sinopsis Filem Keramat Gunung Jerai

Filem Keramat Gunung Jerai mengisahkan tentang tiga sahabat karib iaitu Hakim, Junaidi dan Wan mendaki Gunung Jerai untuk melakukan satu ritual yang dipercayai mampu memakbulkan setiap keinginan. Pada mulanya, kehidupan mereka berubah menjadi lebih baik apabila kejayaan datang tanpa diduga, seolah-olah ada kuasa ghaib yang membantu setiap impian menjadi kenyataan.

Namun, setiap nikmat yang diperoleh hadir dengan harga yang mahal. Gangguan mistik mula menghantui kehidupan mereka, sementara Wan pula hilang tanpa sebarang khabar. Beberapa tahun kemudian, keadaan menjadi semakin genting apabila Laila, anak perempuan Hakim, diserang penyakit misteri yang langsung tidak dapat dijelaskan secara logik.

Dalam usaha menyelamatkan anaknya, Hakim kembali ke Gunung Jerai bersama Junaidi untuk mencari jawapan terhadap ritual yang pernah mereka lakukan suatu ketika dahulu. Pencarian itu akhirnya membuka satu demi satu rahsia lama yang selama ini tersembunyi, termasuk kaitannya dengan Najiha dan Mek La.

Post a Comment

Previous Post Next Post