Saksikan telefilem Jubah Dari Mekah yang akan menemui penonton semula pada 10 Julai 2026, hari Jumaat, pukul 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan Luqsar Kreatif Sdn. Bhd., diarahkan oleh Heykal Hanifah dengan hasil nukilan skrip daripada Farhana Fauri.
Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Wayang di TV3
Tarikh Tayangan : 10 Julai 2026 (Jumaat)
Masa : 1.00 PM
Skrip : Farhana Fauri
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.
Pelakon
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Erynne Erynna, Norlia Ghani, Rusdi Ramli, Julia Farhana Marin, Fimie Don, Kodi Rasheed, Kamal Ibrahim dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Norlia Ghani sebagai Mak Leha
- Erynne Erynna sebagai Nabila
- Rusdi Ramli sebagai Shakir
- Julia Farhana sebagai Elis
Sinopsis Telefilem Jubah Dari Mekah
Telefilem Jubah Dari Mekah mengisahkan tentang Mak Leha, seorang ibu tunggal membesarkan dua orang anaknya, Shakir dan Nabila (Abil). Abil menjadi penagih dadah.
Shakir nekad mengurung Abil di bawah kolong rumah kerana tidak mahu Abil mendapatkan bekalan dadah lagi.
Mak Leha tidak sanggup melihat keadaan Abil dikurung seperti itu. Malah melihat Abil semakin gian ketagih, Mak Leha pula sanggup mendapatkan bekalan dadah untuk Abil.
Pada masa yang sama, Mak Leha berhasrat untuk menunaikan umrah dengan wang simpanannya. Shakir pula ingin melunaskan hasrat ibunya untuk ke tanah suci walaupun isterinya, Elis tidak bersetuju kerana dia memang tidak suka kepada Mak Leha dan Abil.
Namun melihat keadaan Abil makin teruk, Mak Leha telah menukar hasratnya untuk ke Mekah dengan menggantikan Abil.
Pada mulanya Shakir membantah kerana padanya Abil hanya menyusahkan dia dan ibunya. Namun memikirkan itu antara cara terakhir untuk memulihkan Abil, dia bersetuju.
